Skip to main content

Sukma tidak wajar diperlekeh


Oleh Ahmad Khawari Isa
ahmadkhawari@bharian.com.my

Status selaku medan saingan kompetitif barisan atlit muda perlu diutama

DI sebalik hasrat penganjur, Melaka, mahu 'meramaikan majlis', status Sukan Malaysia (Sukma) selaku medan saingan kompetitif barisan atlit muda berpotensi tidak wajar diperlekehkan pada edisi ke-13, tahun depan.

Lantas, persoalan itu harus jadi bahan pertimbangan utama Jawatankuasa Tertinggi Sukma ketika mengkaji cadangan penambahan jenis sukan pada mesyuarat, hari ini, ketika tampak ada kecenderungan terbaru ‘berlembut’ dengan usaha melobi oleh penganjur.


Antara faktor utama yang harus diambilkira, seperti diakui Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, ialah pra-syarat sedia ada sebelum sesuatu jenis sukan itu diterima.

“Antara syaratnya ialah sesuatu jenis sukan yang mahu dipertandingkan dalam Sukma perlu disertai sekurang-kurangnya enam negeri.

“Selain itu, penekanan terhadap kualiti penyertaan juga perlu ada, menepati matlamat utama penganjuran Sukma iaitu mencungkil bakat berpotensi yang mampu memikul cabaran negara pada masa depan,” katanya.

Kekusutan itu sebelumnya timbul ekoran desakan berterusan Melaka untuk membenarkan penyertaan ‘sukan tanpa had’ biarpun Jawatankuasa Tertinggi Sukma sudahpun memutuskan supaya ianya dihadkan kepada 18 sukan wajib dan tujuh sukan pilihan.

Had berkenaan diperkenalkan selepas edisi Sukma sebelumnya di Terengganu, bertujuan supaya temasya berkenaan tidak lari daripada fokus yang diputuskan.

“Memang ketika ini, ada permohonan untuk memasukkan 10 lagi jenis sukan dan dua acara tambahan. Apa yang boleh saya katakan ialah mesyuarat esok (hari ini) akan memuktamadkannya.

“Paling penting, sebarang penambahan jenis sukan perlu dibuat segera untuk memberikan peluang kepada negeri yang berminat menyertainya supaya dapat membuat persiapan sebaik mungkin.

“Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, sudah menyatakan kesediaan beliau untuk mendengar merit semua permohonan itu,” kata Zolkples.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...