Skip to main content

Taekwondo digugurkan




KUALA LUMPUR - Kemelut Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) yang tiada kesudahan membawa kerugian besar kepada sukan itu apabila ia digugurkan daripada Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka tahun depan.

Pada ketika status penyertaan taekwondo pada Sukan SEA Laos, Disember ini masih tidak pasti, keputusan terbaru ini menjadi tamparan kepada MTA dan penggiat taekwondo tanah air.

Ia juga memberi mesej jelas kepada semua pemimpin badan taekwondo kebangsaan itu agar segera menyelesaikan kemelut atau mereka hanya akan menerima lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Jawatankuasa Tertinggi Sukma 2010 yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, semalam sebaliknya memberi khabar gembira buat sembilan sukan lain - Formula Future, kanu, golf, kabaddi, ragbi (7 sebelah), judo, bola tampar (dalam dewan dan pantai), lawan pedang serta tenis kerana sukan itu akan dipertandingkan pada Sukma 2010.

Malah, akuatik turut menerima kemasukan dua acara baru - renang berirama dan polo air.

Memandang Sukma sedia ada sudahpun menyenaraikan 18 sukan wajib dan tujuh pilihan, kemasukan tujuh sukan tambahan ini menjadikan 34 sukan keseluruhan akan dipertandingkan di Melaka nanti.

"Sukar untuk kami mengatakan tidak (kepada permohonan menambah sukan) kerana Melaka telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menganjurkan sukan-sukan ini.

"Sukan ini diterima kerana ada permohonan daripada negeri-negeri dan persatuan sukan itu sendiri. Sesuatu sukan itu hanya akan diadakan jika terdapat lapan atau lebih penyertaan dari persatuan negeri.

"Bagaimanapun, taekwondo menjadi satu-satunya sukan yang ditolak pada Sukma kali ini kerana masalah dalaman persatuan yang masih tidak dapat diselesaikan walaupun beberapa siri perjumpaan telah diadakan oleh jawatankuasa khas.

"Malah pengerusi jawatankuasa khas, Tunku Imran (Tuanku Jaafar) telah memaklumkan kepada saya bahawa EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) baru-baru ini masih gagal mencari penyelesaian,'' ujar Ahmad Shabery pada sidang akhbar di Bukit Jalil, semalam.

Menurut Ahmad Shabery, apa yang berlaku kepada MTA sangat menyedihkan kerana ia turut meninggalkan kesan kepada atlet dan penggiat taekwondo di negara ini, termasuk pelajar sekolah yang menjadikan sukan itu sebagai pilihan dalam aktiviti kokurikulum mereka.

"Selain daripada menggugurkan taekwondo daripada Sukma, kita juga sedang mengkaji semula penyertaan mereka pada Sukan SEA.

"Saya sangat berharap MTA dapat selesaikan masalah ini segera kerana jika sampai kerajaan atau Menteri terpaksa campur tangan, mungkin tindakannya drastik dan berbeza daripada apa yang mereka mahu,'' katanya.

Jumaat lagi, EGM MTA masih gagal menemui penyelesaian selepas sebahagian besar ahli gabungan mengundi untuk menolak pindaan perlembagaan yang akan memberi hak kepada kelab-kelab untuk mengundi pada pemilihan.

Sementara itu, Ahmad Shabery menolak tanggapan bahawa penganjuran terlalu banyak jenis sukan pada Sukma kali ini akan menjejaskan penumpuan terhadap pembangunan sukan utama, sekali gus lari daripada objektif sebenar Sukma.

Tegasnya, walaupun keputusan Jawatankuasa Tertinggi Sukma kali ini berbeza daripada yang diambil jawatankuasa terdahulu iaitu menolak kemasukan terlalu banyak sukan, namun mereka punya relevan untuk melakukannya.

"Keputusan boleh berubah mengikut keadaan. Dulu kita tidak pernah membincangkan tentang sukan seperti golf atau ragbi tetapi apabila sukan itu sudah menjadi lebih besar maka kita kena fleksibel.

"Golf dan ragbi kini sudah dimasukkan sebagai acara Sukan Olimpik, jadi ia menjadi sukan yang besar dan harus diberi perhatian serius.

"Bagi tenis pula, Malaysia kini adalah penganjur kepada satu kejohanan besar dan berada dalam kalendar Jelajah ATP, jadi adalah tidak kena jika kita mengabaikan pembangunan sukan itu,'' jelas Ahmad Shabery.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Shabery turut mengumumkan, Jawatankuasa Tertinggi Sukma, semalam akan mempertimbangkan permohonan Perlis untuk menjadi tuan rumah Temasya 2012.

Kata Ahmad Shabery, walaupun diakui negeri itu mempunyai kekurangan daripada segi kemudahan, infrastruktur dan pegawai tetapi ia tidak bermakna permohonan mereka harus ditolak mentah-mentah.

"Kita akan bincang bagaimana caranya kita dapat membantu Perlis menganjurkan Sukma dalam keadaan negeri itu yang serba kekurangan. Ia akan dibawa ke mesyuarat kabinet untuk dibincang,'' ujarnya lagi.

Ahmad Shabery turut mengumumkan mengenai pindaan tarikh Sukma 2012 dari 25 Mei kepada 10-19 Jun untuk menyesuaikan dengan cuti sekolah dan sambutan Hari Gawai di Sarawak. - UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...