Skip to main content

Wales, Austria, Scotland bukan lembik



Para pemain hoki negara yang akan memikul cabaran pada Kelayakan Piala Dunia 2010 menjalani latihan intensif di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.


KUALA LUMPUR - Menentang Wales, Scotland dan Austria dalam kelayakan hoki Piala Dunia 2010 di New Zealand bukan tugasan yang boleh dipandang ringan bagi skuad kebangsaan.

Jurulatih negara, Tai Beng Hai menegaskan, Malaysia tidak boleh hanya memandang lawan mereka itu sebelah mata, sebaliknya perlu sentiasa merebut segala peluang yang ada untuk menjaringkan gol.

"Mereka mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mampu membentuk pasukan mantap berikutan kelebihan teknik hoki secara asas," katanya merujuk kepada tiga negara tersebut yang agak kurang dikenali dalam sukan hoki.

Jelas Beng Hai, hoki amat berbeza dengan sukan bola sepak terutamanya pada zaman ini kerana ia lebih terbuka dan agresif.

"Kami tidak boleh menggangap tentangan yang bakal diberikan mereka adalah mudah, ini adalah pertandingan, sekarang ini permainan di atas padang sangat terbuka.

"Bagi tetap hormat kemampuan mereka (Wales, Scotland dan Austria) begitu juga dengan China yang berada di tangga ke-13 dunia," ujar bekas pemain hoki kebangsaan itu.

Katanya, walaupun bakal berdepan dengan halangan yang sukar terutama sekali dari pasukan tuan rumah, New Zealand, mereka tetap yakin untuk mencapai sasaran yang diletakkan Persatuan Hoki Malaysia (PHM) mara ke saingan akhir kejohanan kelayakan itu.

"Kami akan memberi tumpuan untuk mara ke saingan akhir terlebih dahulu yang menemukan juara dan naib juara dari enam pasukan yang bersaing secara round robin.

"Selepas sasaran itu tercapai baru kita akan fikirkan tentang perlawanan akhir untuk muncul juara seterusnya mara ke Piala Dunia 2010 di India," katanya.

Menurut Beng Hai, kemampuan anak-anak buahnya akan menjadi ukuran terhadap sasaran utama iaitu mara ke Sukan Olimpik 2012 di London.

"Pasukan ini dipersiapkan untuk mara ke Sukan Olimpik 2012, jika mereka berjaya layak ke Piala Dunia kita dapat tahu prestasi semasa pemain," katanya.

Skuad hoki kebangsaan akan berlepas ke New Zealand esok dan saingan bermula dari 7 hingga 15 November ini.

Beng Hai berkata, dia amat berpuas hati dengan persiapan pasukannya terutama sekali selepas mengharungi lima perlawanan persahabatan minggu lepas.

"Pemain bebas dari sebarang kecederaan dan latihan juga lebih tertumpu kepada untuk memulihkan semula kecergasan mereka," ujarnya.

Beng Hai juga menyenaraikan tiga pemain dari skuad remaja kebangsaan, Ahmad Kazamirul, Mohd. Marhan Mohd. Jalil dan Faizal Saari. - UTUSAN


Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...