Skip to main content

Fairuzizuan-Zakry dapat tiket ke Siri Super Masters Akhir

KUALA LUMPUR - Fairuzizuan Tazari- Zakry Latif menerima khabar gembira semalam apabila mendapat tiket untuk beraksi pada Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir di Johor Bahru, minggu depan.

Penyertaan beregu No. 11 dunia itu disahkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi menggantikan pasangan Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan yang menarik diri.

Indonesia membatalkan penyertaan pemain-pemain kebangsaannya pada kejohanan bernilai AS$500,000 (RM1.7 juta) itu untuk memberi tumpuan kepada Sukan SEA di Laos, 9-18 Disember.

Bagaimanapun, pemain yang tidak berada di bawah naungan Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) iaitu juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat dan beregu Alvent Yulianto akan beraksi.

China, yang turut memilih untuk merehatkan pemain-pemain utamanya bagaimanapun tetap menghantar pemain No. 8 dunia, Bao Chunlai, Lu Lan (perseorangan wanita) dan Guo Zhendong-Xu Chen dalam beregu lelaki.

Ketiadaan pemain-pemain utama China dan Indonesia turut membawa khabar baik buat pemain muda Denmark, Jan Jorgensen apabila mendapat tiket untuk beraksi bersama rakan senegara, Peter Hoeg Gade.

Malaysia mendominasi kedudukan pilihan dalam tiga acara, di mana Datuk Lee Chong Wei turun sebagai pilihan utama perseorangan lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (beregu lelaki) dan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui beregu wanita.

"Walaupun agak mengecewakan melihat beberapa pemain terbaik dunia tidak beraksi, namun kami tetap gembira kerana kejohanan ini tetap menghadirkan cabaran yang sangat kuat,'' kata Ketua Pegawai Operasi BWF, Thomas Lund.

Pasukan negara membawa pulang tiga kejuaraan pada edisi sulung kejohanan di Kota Kinabalu tahun lalu menerusi Chong Wei, Kien Keat-Boon Heong dan Pei Tty-Eei Hui.

Senarai Penyertaan:Perseorangan lelaki: Lee Chong Wei (MAS), Peter Hoeg Gade (DEN), Park Sung Hwan (KOR), Bao Chunlai (CHN), Taufik Hidayat (INA), Jan Jorgensen (DEN), Boonsak Ponsana (THA), Hsieh Yu Hsin (TPE).

Beregu lelaki: Koo Kien Keat- Tan Boon Heong (MAS), Mathias Boe-Carsten Mogensen (DEN), Lee Yong Dae-Jung Jae Sung (KOR), Anthony Clark-Nathan Robertson (ENG), Guo Zhendong-Xu Chen (CHN), Alvent Yulianto-Hendra Gunawan (INA), Rian Sukmawan-Yonathan Dasuki (INA), Zakry Abdul Latif-Fairuzizuan Tazari (MAS)

Perseorangan wanita: Pi Hongyan (FRA), Saina Nehwal (IND), Lu Lan (CHN), Salakjit Ponsana (THA), Yao Jie (NED), Nicole Grether (GER), Juliane Schenk (GER), Kim Moon Hi (KOR).

Beregu wanita: Wong Pei Tty-Chin Eei Hui (MAS), Ha Jung Eun-Kim Min Jung (KOR), Lee Hyo Jung-Lee Kyung Won (KOR), Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin (TPE), Gabrielle White-Jenny Wallwork (ENG), Duang Anong Aroonkesorn- Kunchala Voravichitchaikul (THA), Lena Frier Kristiansen- Christina Pedersen (DEN), Nicole Grether-Charmaine Reid (GER-CAN).

Beregu campuran: Lee Yong Dae-Lee Hyo Jung (KOR), Joachin Fisher Nielsen-Christina Pedersen (DEN), Songphon Anugritayawon-Kunchala Voravichitchaikul (THA), Ko Sung Hyun-ha Jung Eun (KOR), V. Diju-Jwala Gutta (IND), Anthony Clark- Donna Kellogg (ENG), Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam (THA), Robert Mateusiak-Nadiezda Kostiuczk (POL). UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...