Skip to main content

Malaysia Sasar Juarai Optimist Individu Dan Berpasukan Di Kejohanan IODA Asia

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Skuad pelayaran negara meletakkan sasaran untuk menjuarai acara individu dan berpasukan pada Kejohanan Optimist Asia Persatuan Perahu Layar Optimis Antarabangsa (IODA) yang akan berlangsung dari 12 hingga 20 Dis ini di Langkawi, Kedah.

Pengerusi Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata Malaysia akan menghantar 14 orang atlet terbaik untuk bersaing pada kejohanan yang akan membabitkan 30 buah negara itu.

"Sehingga kini hampir 140 atlet dari negara-negara yang merupakan kuasa dunia sukan ini telah mengesahkan penyertaan seperti Australia, New Zealand, Itali dan China," katanya kepada pemberita di sini Selasas.

Muhammad Ali berkata adalah menjadi harapan MYA untuk atlet-atlet Malaysia dapat mempamerkan prestasi yang terbaik demi mengharumkan nama negara di dalam sukan ini di peringkat antarabangsa.

"Serentak dengan itu juga, MYA akan menganjurkan Kejohanan Perahu Layar peringkat kebangsaan yang bermula dari 6 hingga 10 Dis yang akan disertai oleh 200 atlet tempatan dari seluruh negara.

"Kejohanan terakhir pada tahun 2009 ini akan menjadi penentu ranking atlet-atlet di peringkat kebangsaan setelah mengharungi sepuluh sirkit kejohanan sepanjang tahun," katanya.

Mengenai kejohanan di peringkat kebangsaan itu, Pengurus Besar MYA Mohd Afendy Abdullah berkata enam atlet yang berpotensi akan mewakili negara ke Kejohanan Optimist Asia IODA yang akan berlangsung dua hari kemudian itu.

"Mereka akan menyertai lapan lagi atlet kebangsaan yang telah pun diputuskan oleh MYA sebelum ini seperti Mohd Faizal Norizan, Mohd Farhan Hamid dan Ahmad Latif Khan," katanya.

Mohd Afendy berkata sasaran persatuan menjuarai acara individu dan berpasukan adalah berdasarkan kepada prestasi konsisten sepanjang tahun yang ditunjukkan oleh atlet-atlet kebangsaan ini ketika menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa.

"Malah beraksi di tempat sendiri mungkin akan menjadi kelebihan kepada atlet-atlet kebangsaan kerana sudah biasa dengan keadaan sekeliling dan tiupan angin," katanya.

Keyakinan MYA juga berasas apabila tiga atletnya sebelum ini telah mencatatkan kejayaan yang membanggakan di Kejohanan Optimist Dunia IODA di Brazil pada Ogos lepas apabila menduduki tempat ke sepuluh terbaik dunia.

Malah MYA telah diberi kepercayaan oleh Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) untuk menganjurkan kejohanan berkenaan pada tahun depan yang akan berlangsung pada 27 Dis 2010.



--BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...