Skip to main content

Nurul Alia curi tumpuan ke separuh akhir

KUALA TERENGGANU - Nurul Elia Anuar dari pasukan Sail Putrajaya meneruskan kemaraan ke saingan separuh akhir Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun (kelayakan Malaysia) di Pulau Duyong, semalam.

Turut ke separuh akhir ialah juragan pasukan Taring Pelangi, Hazwan Hazim Dermawan, Mohammad Razali Mansor dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1 dan Jeremy Koo dari pasukan Koo Racing Team-AC Law.

Kesemua mereka mengutip mata terbanyak dalam perlumbaan satu lawan satu pada pusingan timbal balik berbanding sembilan peserta lain.

Jeremy berjaya mengumpul 11 mata manakala Mohamad Razali serta Nurul Elia masing-masing memperoleh 10 mata dan Hazwan Hazim pula lapan mata.

Dalam saingan separuh akhir yang akan bermula pukul 10 pagi hari ini, setiap pelayar akan bertemu sesama sendiri dalam tiga perlumbaan dan mereka yang memperoleh mata terbanyak akan mara ke pusingan akhir.

Jeremy akan bertemu Hazwan Hazim manakala Nurul Elia akan menentang Mohammad Razali dalam separuh akhir.

Jeremy ketika ditemui berkata, dia akan melihat keadaan angin dan cuaca dahulu sebelum membuat sebarang strategi dalam menentang lawan.

''Apabila saya sudah mengkaji faktor-faktor ini, kemudian saya akan membuat strategi yang akan membolehkan saya mara ke peringkat akhir nanti," katanya.

Sementara kata Nurul Elia, dia akan mencari peluang mewujudkan situasi yang membolehkan dia mengawal lawan dan perlumbaan.

''Saya tidak ingin mendedahkan strategi yang ingin saya gunakan tetapi saya ingin memastikan pasukan saya mendapat tempat dalam peringkat akhir dan seterusnya muncul juara dan mendapat kelayakan ke Piala Monsun," ujarnya.

Mohammad Razali pula ingin mengurangkan kesilapan yang telah dilakukan dalam pusingan timbal balik dan memperbaiki mutu permainannya supaya tidak kecundang ke peringkat akhir.

Pendapat itu turut diluahkan oleh Hazwan Hazim yang ingin memastikan mereka membuat permulaan yang baik dan mengatasi pasukan lawan dalam setiap perlumbaan dilalui mereka. UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...