Skip to main content

Aidil mahu rakan cipta gemilang baru


Oleh Norsyarafina Nasrom

SEMALAM, pemain skuad bola sepak negara menguntum senyuman lebar selepas menerima bonus RM30,000 setiap seorang di atas keringat memenangi pingat emas Sukan Sea di Laos, baru-baru ini.

Tetapi reaksi itu pantas berubah nada ketika melafazkan tekad mahu membuktikan lagi nilai mereka itu apabila bertembung Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam kelayakan Piala Asia pada 6 Januari ini.

Laungan semangat dilontarkan oleh ketua pasukan, Aidil Zafuan Abdul Razak yang turut mengharapkan kesinambungan kecemerlangan mereka tidak hanya terhenti setakat kejayaan di Sukan Sea sahaja, malahan mencipta gemilang baru.


“Untuk mengembalikan semula maruah bola sepak negara yang malap sebelum ini, adalah tidak wajar untuk kita membezakan dengan jumlah insentif yang diterima oleh pasukan lain, khususnya Vietnam yang menerima hampir RM720,090 walaupun sekadar meraih pingat perak.”

“Sememangnya mereka antara pasukan terkuat di Asia Tenggara. Dari segi tumpuan penaja mereka memiliki kelebihan berbanding dengan pasukan negara kita.”

Kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah mengumumkan pemberian habuan itu kepada pemain dan pegawai pasukan menerusi sistem pesanan ringkas (sms) dari London sebagai menghargai jasa mereka meningkatkan martabat bola sepak negara yang merudum selama ini.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Azmi Muslim pula menyuarakan betapa tumpuan mereka tidak sesekali tersasar menerusi pemberian insentif tersebut malahan menaikkan lagi semangat juang dalam menyahut cabaran di tahun baru nanti.

“Banyak atau sedikit bukan menjadi persoalannya. Apa yang penting saya tidak akan sesekali lupa diri dan terus fokus dengan perlawanan yang mendatang,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang ini.

Tidak ketinggalan menerima habuan yang sama ialah jurulatih kebangsaan, K Rajagobal yang turut mengharapkan anak buahnya tidak hilang tumpuan dan terlalu mengharapkan pemberian insentif dalam misi seterusnya skuad kebangsaan selepas ini.

“Sebagai jurulatih apa saja ganjaran yang diberi saya terima dengan ikhlas namun paling penting tidak menjejaskan tumpuan pemain yang akan bertemu UAE, bulan depan.”

“Masih banyak lagi tugas yang menanti apatah lagi tiada sebarang tiket istimewa yang diberi untuk mereka beraksi dalam Sukan Asia dan Piala Suzuki AFF pada November dan Disember tahun depan. Segalanya perlu dibuktikan menerusi liga domestik yang akan membuka tirai 9 Januari ini.”

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...