Skip to main content

'Dua kejutan' BAM terdedah




  • Keputusan sendiri lantik Kim Her



  • EGM pinda perlembagaan

    ADA 'dua kejutan' ciptaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terdedah, semalam.



  • Pertamanya ialah Tan Kim Her - yang kini bersama England - sah akan memulakan tugas sebagai jurulatih skuad negara, pertengahan Februari nanti.


    Keduanya ialah badan induk berkenaan sah akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) - untuk membincangkan cadangan meminda perlembagaan buat mewujudkan jawatan timbalan presiden kedua - sebelum dijalankan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi memilih jawatankuasa baru bagi sesi 2009/2012, hari ini.

    Pelantikan Kim Her, yang hanya diputuskan seorang sahaja, dilabel 'kejutan' kerana ianya tiada dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Kejurulatihan BAM, baru-baru ini, dan tidak juga diketahui Majlis Sukan Negara (MSN).

    Namun ianya dipertahankan Setiausaha Kehormat BAM, Ganga Rao, yang menegaskan usaha memikat khidmat bekas pakar beregu negara itu sudah lama dilakukan.
    "BAM sentiasa mencari jalan memperkukuhkan barisan jurulatih yang ada. Malah keputusan cuba mendapatkan khidmat Kim Her sudah dibuat dua tahun lalu. Apabila kita mendapat tahu ada peluang, kita terus mengikatnya," kata Ganga.

    Ganga tidak mengulas tanggapan MSN belum dimaklumkan secara rasmi - sesuatu yang disahkan beberapa pegawai kanan badan induk itu - tetapi menganggap langkah segera perlu diambil demi mengelak Kim Her terlepas ke negara lain.

    Persoalan kini timbul ialah di mana mahu diletakkan Kim Her - yang pernah membimbing beregu Korea Selatan selama dua tahun, bermula 2005, sebelum berhijrah ke England pada 2007.

    Ganga tidak menolak kemungkinan struktur kejurulatihan sedia ada dirombak - langkah yang harus mencetuskan rasa hairan kerana organisasi sedia ada baru sahaja dirombak dan diluluskan, awal tahun ini.
    Ia harus menjelmakan gelisah tambahan jika tiada justifikasi kukuh diberi kerana perubahan tanpa merit - mampu dikaitkan angkara 'konflik personaliti' - akan menggoyahkan perancangan mengejar emas Sukan Olimpik 2012 yang sudah diatur.

    Persoalan juga timbul mengenai asas mengadakan EGM itu - terutama selepas wujud dua calon, Tengku Kamil Tengku Idris Shah dan Datuk Al Amin Majid, yang berminat mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Roland Wong.

    Penganjuran mesyuarat luar biasa itu - disahkan menerusi notis kepada semua ahli gabungan, baru-baru ini - adalah kemuncak usaha segelintir pihak yang mahu mencipta 'situasi menang menang' dan mengelak ada yang tersepit di tengah-tengah.

    Cuma ia mampu mendedahkan BAM kepada risiko tambahan kerana sebarang pindaan perlembagaan harus terlebih dahulu diperakui Pejabat Pesuruhjaya Sukan - peraturan termaktub dalam Akta Pembangunan Sukan - sebelum boleh digunapakai oleh BAM. BHARIAN



  • Comments

    Popular posts from this blog

    Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

    Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

    Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

    PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

    Sports press clippings on the 24 April 2008

    Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...