Skip to main content

KBS sasar skuad bola sepak layak Olimpik


DEMAM kejayaan bola sepak pada Sukan Sea XXV di Laos, tampak belum kebah dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini membayangkan kemungkinan meletakkan sukan itu dalam program Road To London 2012, untuk persiapan ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik.


Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata berdasarkan kepada kejayaan skuad bimbingan K Rajagobal meraih emas di Vientianne, selayaknya ia dipertimbangkan untuk dibantu menjejakkan kaki di Olimpik, yang kali terakhir dilakukan ketika skuad negara diterajui Soh Chin Aun pada 1980 di Moscow.

“Kementerian akan pertimbangkan untuk meletakkan bola sepak dalam program ini. Bola sepak adalah sukan yang kita tidak boleh ketepikan dan kita lihat negara seperti Laos dan Vietnam, betapa pasukannya sentiasa berada sama taraf dengan Malaysia, di sebalik serba kekurangan.




“Kita yang mempunyai pelbagai kemudahan termasuk Stadium Nasional dengan kapasiti 100,000 penonton tetapi skuad bola sepak kita merudum pada satu ketika dulu dan sekarang baru menunjukkan peningkatan.

“Perkembangan bola sepak negara memerlukan tempoh yang panjang tetapi saya pasti kita akan dapat melakukannya dan menjadi sekurang-kurangnya yang terbaik di rantau ini.”

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, tidak wujud pertentangan kepentingan mengenai cadangan kontroversi menggunakan dana hasil daripada perolehan cukai dan duti import ke atas rokok untuk program pembangunan sukan negara.
Sebaliknya, kata Ahmad Shabery, ia akan dapat membantu meningkatkan prestasi sukan negara ini yang memerlukan dana yang tinggi untuk melahirkan atlit berbakat yang dapat bersaing di peringkat tertinggi sehingga Sukan Olimpik.

“Ia bukannya kita menerima tajaan secara langsung, sebaliknya meminta sebahagian daripada wang melalui cukai yang dikenakan ke atas penjualan rokok disalurkan untuk pembangunan sukan.

“Ketika ini pun wang daripada cukai ke atas rokok digunakan untuk peruntukan untuk program ataupun jabatan-jabatan berkaitan... maka saya rasa tidak ada kesalahan untuk sebahagian daripadanya diperuntukkan untuk pembangunan sukan,” katanya. BHARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...