Skip to main content

Menteri pun letak jawatan: Zol

Oleh Meor Hisham Zulkifli dan Syed Riduan Ahmad
bhsukan@bharian.com.my




'Saya tidak beri tekanan kepada sesiapa, ia lumrah dalam kepimpinan'

"TEPUK dada tanya selera," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong ketika ditanya mengenai kesediaan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail untuk mengundur diri.

"Saya tidak memberi tekanan kepada sesiapa tetapi perkara ini lumrah bagi sesebuah kepimpinan. Pemimpin negara pun akan letak jawatan jika gagal menerajui negaranya dengan betul," katanya.


Pada masa sama, pemberontakan semakin jelas apabila ahli Majlis PSM, secara terbuka mencabar MSN supaya membubarkan program takraw, mengetepikan larangan Ahmad yang meminta semua pegawai PSM tidak menyalahkan MSN atau Institut Sukan Negara (ISN).

Ahli Majlis, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin yang juga penyelaras PSM-MSN, semalam mengulangi pendiriannya mencabar langkah MSN mahu mengurang bajet ke atas persatuan itu.

"Saya minta anda tanya Datuk Zol, katakan berani atau tidak MSN gugurkan program sepak takraw?. Biar mereka kecilkan peruntukan. Selepas ini jangan tanya kalau kami buat latihan untuk atlit Sukan Asia hanya dalam masa lima hari," katanya.
AKSI pemain septakraw Malaysia (baju kuning), ketika menentang Thailand pada Sukan Sea ke-25 di Veintiane, Laos, awal bulan ini. Malaysia hanya mampu mendapat pingat perak. - Foto Bernama

Zolkples ketika ditemui selepas Majlis Penutup Konvensyen Sukan Kebangsaan berkata, MSN selama ini melayan sepak takraw dengan baik termasuk membayar gaji jurulatih, pegawai penyelaras dan elaun atlit.

"Malah skuad wanita yang sepatutnya hanya program separuh masa, tetapi kita anggap sebagai program penuh. Kegagalan di Laos perlu dinilai sendiri oleh PSM. Kaji secara mendalam kesilapan mereka. Ini tidak.

"Jurulatih mengadu mereka tiada suara. Banyak campur tangan dalam latihan dan pemilihan atlit. Bagi saya, tiada siapa yang lebih besar daripada sukan. Individu atau persatuan tidak penting. Kami akan tetap jalankan program walaupun mereka keluar."

Ahad lalu, Ahmad menyatakan kesediaannya berundur pada pemilihan yang dijadual Februari ini kerana menganggap PSM bertanggungjawab penuh terhadap kegagalan negara di Sukan Sea Laos baru-baru ini.

Skuad negara hanya membawa pulang satu perak dan satu gangsa dari Vientiane dan lebih memalukan apabila tewas kepada Laos, negara yang sebelum ini dianggap begitu kerdil dalam sukan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...