Skip to main content

Pemilihan BAM tak begitu dirasai


Oleh Norbakti Alias

Taktik lama seperti sebelum kepimpinan Nadzmi nampaknya akan berulang

KEHANGATAN pemilihan jawatankuasa baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk sesi 2009-2012 tidak begitu dirasai atau lebih tepat, tidak ramai yang mengetahui biarpun ia akan dilangsungkan pagi esok.

Namun, dalam ketenangan yang cuba digambarkan, usaha melobi dan berkempen sebenarnya agak rancak dengan seorang pegawai kanan kini bertindak menjadi ‘power broker’ mengatur posisi orang pilihannya dalam memastikan kedudukan dirinya selamat.


Taktik lama seperti sebelum kepimpinan Datuk Nadzmi Salleh sejak 2000 nampaknya akan berulang dengan pegawai yang dimaksudkan cuba mengaitkan nama VVIP tertentu yang didakwa menyokong calon tertentu bagi menakut-nakutkan anggota gabungan.

Jawatan Nadzmi masih selamat dan dijangka menang tanpa bertanding tapi penulis cukup simpati dengan dua calon awal yang disebut-sebut untuk kerusi timbalan presiden, Datuk Al-Amin Majid dan Tengku Kamil Tengku Idris Shah, masing-masing Presiden Persatuan Badminton Perak dan Pahang.

Apa tidaknya, kedua-duanya mungkin tidak sedar bagaimana mereka ‘dipermainkan’ di depan mata, kononnya turut disokong pegawai itu yang jelas hanya bersifat talam dua muka sahaja.

Di hadapan Tengku Kamil, pegawai itu menyatakan dia menerima sokongan VVIP manakala di depan Al-Amin, alasan memerlukan timbalan presiden ‘yang kuat dan berkuasa’ menjadi taruhan taktiknya.

Penulis difahamkan pegawai ini hampir setiap hari menghubungi Tengku Kamil manakala dia turut bertemu Al-Amin, Khamis lalu untuk mendapatkan surat persetujuan pencalonan kerana Al-Amin akan berada di luar negara sewaktu mesyuarat agung itu.

Bagi penulis, Tengku Kamil dan Al-Amin tidak wajar ‘dipermainkan’ begitu oleh pegawai itu. Tidak salah kedua-duanya bertanding dan membiarkan proses demokrasi mengambil tempatnya dengan anggota gabungan menentukan pilihan mereka.

Malah, tindakan pegawai berkenaan turut mengelirukan anggota gabungan yang mungkin tidak disedarinya juga bertukar-tukar maklumat sesama mereka, sekali gus mendedahkan sikap sebenar orang itu.

Sebenarnya, rungutan terhadap pegawai itu sudah lama didengar apabila banyak perkara yang mahu disampaikan kepada Nadzmi tidak sampai kerana disekat. Malah, ketika ini ia lebih menjadi-jadi dengan alasan Presiden BAM itu kurang sihat akibat masalah kesihatan yang dialaminya ketika di India, baru-baru ini.

Bagi penulis, penyakit lama yang pernah melanda BAM, kini sudah menunjukkan tanda-tanda akan kembali semula selepas sembilan tahun nampak tenang.

Kini, terserah kepada Nadzmi untuk menentukan sama ada penyakit ini dapat dicegah sebelum merebak atau terus membiarkan menjadi lebih buruk. Apa pun perlu diingatkan jawatankuasa bagi sesi empat tahun akan datang ini penting khususnya dalam usaha mempersiapkan diri untuk merealisasikan impian pingat emas Sukan Olimpik London 2012 akan menjadi kenyataan.

BAM perlu memiliki mereka yang benar-benar komited untuk semua itu, kerana ini adalah misi nasional yang memerlukan perhatian yang serius, bukan tempatnya bagi mereka yang sekadar suka-suka.

Atas alasan itu juga, penulis berasa sudah masanya Nadzmi memikirkan secara serius calon baru untuk mengisi jawatan Setiausaha Kehormat BAM yang kini disandang Ganga Rao.

Bekas Pengurus Besar BAM ini kini sibuk sebagai anggota Lembaga Pengarah Yayasan Badminton Persekutuan Badminton Dunia (BWF) serta menerajui jawatankuasa pembangunan Konfederasi Asia (BAC) yang memerlukannya banyak bergerak dari satu negara ke satu negara yang lain.

Selain ini, sebagai seorang yang memegang taraf pemastautin tetap Australia, Ganga juga perlu bersama keluarganya yang sudah berpindah ke Melbourne - sekali gus membataskan masanya di Malaysia.

Sebagai pilihan, Nadzmi boleh memilih calon lain yang dirasakan lebih berkemampuan atau paling mudah memilih Pengurus Besar BAM ketika ini, Kenny Goh untuk menjawat dua tugas itu serentak. Setidak-tidaknya ia memberi peluang kepada Kenny membuktikan kemampuannya yang selama ini terbatas kerana dibayangi Ganga.

Pegawai boleh datang dan pergi, namun BAM tetap akan kekal. Jadi, penulis berharap Nadzmi akan memberi suntikan baru kepada badminton negara agar mampu menjadi sukan pertama menyumbang emas buat Malaysia di Sukan Olimpik nanti.BH

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...