Skip to main content

PSM dinasihat bertenang


SELAIN tewas kepada Thailand, skuad sepak takraw negara turut kecundang kepada pasukan kerdil, Laos.


PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) diminta supaya tidak cepat melenting sebaliknya perlu duduk berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai cara terbaik untuk meningkatkan prestasi skuad negara dan sukan itu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kekecewaan yang diluahkan beliau dan MSN terhadap kekalahan mengaibkan kepada Laos dan Vietnam pada Sukan SEA baru-baru ini adalah mewakili perasaan dan suara rakyat.

Katanya, oleh itu PSM tidak perlu risau dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadap persatuan itu sebaliknya perlu bangkit dan maju ke depan dengan membentang program dan perancangan untuk memajukan persatuan itu.

"Buktikan mereka mampu penuhi (sasaran pencapaian), apa nak risau kalau mereka yakin dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan (kelemahan), pertahankanlah," katanya selepas merasmikan Kem Little Champs peringkat Parlimen Kemaman di Kompleks Rakan Muda Kemaman malam kelmarin.

Beliau berkata, sebarang keputusan mengenai peruntukan sama ada akan dikurangkan atau tidak akan dibuat kemudian nanti, dan ia bukan bergantung kepada MSN semata-mata.

Beliau berkata demikian ketika mengulas 'perang mulut' antara PSM dan MSN melalui media berhubung isu kemungkinan peruntukan untuk skuad sepak takraw dikurangkan dan digantikan dengan geran tahunan sahaja.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong di media baru-baru ini ekoran prestasi hambar skuad sepak takraw negara pada Sukan SEA yang sekadar mampu meraih satu pingat perak dan satu gangsa menerusi acara berpasukan dan regu.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang Setiausaha Agung PSM, Datuk Arshad Yahya dan Ketua Serantanya, Tengku Adnan Tengku Burhanudin sehingga mencabar MSN membubarkan sahaja skuad negara.

PSM sebelum ini dilaporkan menjanjikan pingat emas pada Sukan SEA Laos yang berakhir minggu lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, soal penambahan atau pengurangan peruntukan kepada persatuan sukan bergantung kepada tiga kriteria utama iaitu cara pengurusan, program pembangunan sukan, dan prestasi persatuan itu sendiri.

"Itu adalah Standard Operating Procedure (SOP) dalam menentukan penambahan atau pengurangan peruntukan terhadap mana-mana persatuan sukan tidak hanya terhadap PSM.

"Sasaran masih ada, Sukan SEA 2011 nanti diadakan di Indonesia, mereka (PSM) masih ada 18 bulan untuk buat persiapan. Dalam masa yang sama kita juga nak tengok program yang hendak mereka lakukan," katanya. KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...