Skip to main content

Rizal membara


RIZAL (tengah) bertekad untuk kembali bangkit bagi menggalas nama Malaysia di peringkat antarabangsa.


SEKALIPUN mengalami patah buku lali kaki kiri akibat kemalangan jalan raya kira-kira dua bulan lepas, jaguh lumba basikal trek negara, Mohd. Rizal Tisin bertekad untuk kembali bangkit bagi mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Kemalangan itu tidak melemahkan sedikit pun semangat saya untuk terus berjuang malah sejak awal bulan ini saya menjalani latihan ringan di Majlis Sukan Negara (MSN)," katanya semalam.

Rizal telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila memenangi pingat gangsa dalam acara kegemarannya iaitu 1 kilometer ujian masa pada Kejohanan Dunia di Poland, Mac lepas.

Kejayaan itu turut menyaksikan pelumba kelahiran Klang, Selangor berusia 24 tahun itu mencatat rekod Asia dengan catatan masa 1 minit 01.658 saat.

Rizal dijadualkan untuk kembali berlatih di Melbourne, Australia bersama-sama pelumba basikal trek yang lain pada penghujung Januari depan di bawah bimbingan ketua jurulatih, John Beasley.

"Saya telah berbincang dengan John mengenai perkara ini, dan beliau menasihatkan saya untuk kembali berlatih bersamanya bagi meningkatkan prestasi," katanya.

Mengenai peluangnya untuk layak ke Kejohanan Dunia di Denmark pada Mac tahun depan, Rizal berkata, ia masih samar kerana dia tidak dapat menyertai tiga siri Piala Dunia Klasik (kejohanan untuk mengumpul mata) sebelum ini.

"Selain itu, saya juga bakal terlepas pada siri terakhir (keempat) Piala Dunia Klasik di Beijing, China yang dijadualkan pada 22 hingga 24 Januari tahun depan" katanya.

Selain Mohd. Azizulhasni Awang, Rizal merupakan antara pelumba basikal trek berbakat yang berjaya dilahirkan oleh MSN dan Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) setelah menjalani latihan di Australia.

Malah nama Rizal merupakan salah seorang daripada 19 atlet yang tersenarai di dalam program Road To London 2012 yang bertujuan bagi mencari pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik. KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...