Skip to main content

Roslinda, Noraseela, Hup Wei cemerlang


KUALA LUMPUR - Sebut tentang olahraga bagi tahun 2010 hanya tiga atlet sahaja yang boleh dibanggakan prestasinya iaitu Roslinda Samsu (lompat galah), Noraseela Khalid (400 meter lari berpagar) dan Lee Hup Wei (lompat tinggi).


Atlet lain tidak keterlaluan untuk dilabelkan sebagai kurang memberangsangkan dan gagal mencapai tahap terbaik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ratu lompat bergalah negara, Roslinda memang tiada saingan di Asia Tenggara, seperti dijangka, dia mudah menggenggam pingat emas dalam acara kegemarannya di Sukan SEA Laos bulan ini dengan mencatat rekod baru kejohanan miliknya sendiri.
Lompatan dengan ketinggian 4.15 meter menyaksikan Roslinda tiada pencabar sekali gus membolehkannya meraih emas ketiga berturut-turut dalam acara kegemarannya itu.
Selain itu, Roslinda juga merupakan satu-satunya atlet olahraga yang layak beraksi di Kejohanan Dunia di Berlin, Ogos lalu selepas layak menerusi merit.
Noraseela pula terus membuktikan kejaguhan walaupun masalah kecederaan menghalangnya beraksi dengan baik awal tahun ini dan tahun lalu.
Dia memenangi pingat perak acara 400 meter berpagar wanita Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Ghuangzhou, China tahun ini.
Selain itu, Noraseela juga berjaya mencatat masa memberangsangkan dalam satu kejohanan di Pretoria, Afrika Selatan.
Catatan 56.91 saat yang dilakukan Noraseela hanya dibezakan 0.36s daripada had kelayakan ke Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin.
Pingat emas 400m lari berpagar Sukan SEA Laos juga menjadi miliknya walaupun dia gagal menambah koleksi tersebut dalam acara 400 meter.
Walaupun Lee Hup Wei gagal mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Ghuangzhou, China dia tetap menjadi atlet yang menonjol tahun ini.
Dia merupakan atlet olahraga yang sejak awal lagi sudah menempah tiket beraksi di Sukan SEA Laos apabila melakukan lompatan 2.22 meter di Kejohanan Olahraga Antarabangsa di Shizuoka, Jepun.
Olahraga juga boleh dikatakan gagal di Sukan SEA apabila hanya memenangi enam daripada lapan pingat emas yang ditetapkan selepas kalah dalam tiga acara prospek - 4x400 meter lelaki, 400m wanita serta 110m lari berpagar lelaki.
Malah, Malaysia tidak lagi mampu bersaing dalam acara seperti 100m berpagar wanita selepas persaraan Moh Siew Wai, begitu juga dalam lompat kijang dan lompat jauh wanita yang kosong tanpa pengganti selepas ketiadaan Ngew Sin Mei.
Itu belum lagi menyebut tentang jurang yang ditinggalkan dalam acara pecut atau jarak jauh yang suatu ketika pernah dikuasai Malaysia.
Hari ini, kita bukan saja boleh kalah kepada musuh tradisi olahraga, Thailand, malah kita tewas kepada Indonesia, Vietnam dan Filipina yang masing-masing menggondol tujuh emas.
Pada Sukan SEA Jakarta 1997 olahraga mampu membawa pulang 16 pingat emas dan bayangkan 12 tahun kemudian kita hilang 10 daripada emas berkenaan.
Bukankah ia cukup untuk menjelaskan betapa merosotnya olahraga negara dari tahun ke tahun, dan sesuatu perlu dilakukan segera oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).
Barangkali, satu-satunya perkara positif yang boleh diambil di Laos adalah kemenangan mengejut pelari muda, Mohd. Zafril Zuslaini yang mengembalikan gelaran 400m lelaki kepada Malaysia selepas 12 tahun.
Kemenangan Tan Song Hwa dalam saingan lontar tukul besi wanita bersama rekod baru kebangsaan 56.41m juga memberi sedikit keceriaan kepada kem olahraga Malaysia. UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...