Skip to main content

Setuju cukai rokok bangun semua sukan


KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bersetuju dengan pandangan pemimpin dan tokoh sokong agar hasil kutipan cukai rokok bukan sahaja digunakan oleh pembangunan sukan bola sepak sahaja tetapi kepada semua sukan-sukan lain.

Katanya, bukan sukan bola sepak sahaja boleh manfaatkan cukai tersebut, malah sukan-sukan lain seperti badminton dan lain-lain yang sebelum ini pernah mendapat tajaan dari syarikat rokok ketika menganjurkan kejohanan kebangsaan.

"Selepas penajaan dan iklan dari syarikat rokok tidak dibenarkan dalam beberapa jenis penganjuran sukan di negara ini, sebagai ganti sebahagian dari cukai yang dikenakan boleh digunakan dalam pembangunan sukan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan persidangan Majlis Perundangan Belia Negara di sini, semalam.

Jelasnya, kerajaan melalui Kementerian Kewangan perlu menimbangkan perkara ini dengan melihat dari pelbagai aspek bagi memperkembangkan lagi kegiatan sihat.

"Selain dari bola sepak dan sukan-sukan yang lain hasil kutipan cukai itu juga boleh digunakan untuk aktiviti belia seterusnya melahirkan masyarakat yang sihat.

"Jika tidak ada apa-apa halangan kertas cadangan bagi penggunaan wang ini (kutipan cukai rokok) kepada tabung pembangunan sukan akan di kemukakan kepada kabinet pada 6 Januari akan datang," katanya.

Ahmad Shabery berkata, perkara tersebut dijangka mampu mencetus satu bentuk perbincangan yang baru.

"Saya berharap perkara ini dipertimbangkan sebaik mungkin agar ia dapat mencetuskan dimensi baru bagi kegiatan sukan dan belia negara kita," katanya.

Sabtu lalu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilaporkan akan mencadangkan kepada Kabinet agar sebahagian daripada hasil kutipan cukai rokok disalurkan untuk pembangunan bola sepak.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, hasil kutipan cukai tersebut akan dijadikan dana untuk mengisi Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara.

Beliau berkata, sebelum ini, bola sepak menerima banyak penajaan daripada syarikat rokok namun, kini syarikat berkenaan tidak lagi berbuat demikian selepas pengharaman iklan rokok.

Kelmarin, cadangan KBS itu mendapat reaksi yang positif dari beberapa orang pemimpin dan tokoh sukan ketika dihubungi Utusan Malaysia dan turut meminta kerajaan agar menggunakan wang berkenaan dengan cara yang berhemah. UM

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...