Skip to main content

Shakirin berdebar menghitung hari


Shakirin


WALAUPUN bakal melangsungkan pernikahan Jumaat ini, jaguh negara, Mohd. Shakirin Ibrahim tetap fokus bagi menghadapi Kejohanan Ping Pong Kebangsaan yang bermula semalam.

Pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) itu, Shakirin yang membawa caba- ran Kuala Lumpur akan bergandi- ngan bersama Beh Lee Wei dalam acara beregu campuran.

"Sekarang ini debaran saya bukan sahaja pada permainan tetapi berdebar mengira hari untuk bergelar raja sehari.

"Tujuan saya menyertai kejoha- nan ini juga untuk memberi sema- ngat dan perangsang kepada atlet kontinjen Kuala Lumpur yang lain," kata Shakirin yang memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA XXV di Laos baru-baru ini.

Shakirin berkata, dia akan cuba fokus sepenuhnya dan memberi aksi terbaik pada kejohanan ini.

"Kalau kejohanan ini dicepatkan sedikit, sudah pasti saya akan bermain dalam acara perseorangan.

"Namun bagi saya, bermain solo atau berpasangan tetap sama kerana matlamat saya adalah untuk menang," kata Shakirin yang akan bernikah dengan pasangannya, Nurhidayah Sukaiman, 24, di Meru, Klang.

Terdahulu, Kejohanan Ping Pong Kebangsaan itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Md. Jais Sarday di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru malam kelmarin.

Sebanyak 17 kontinjen dari selu- ruh negara termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai kejohanan tersebut.

Sementara itu, Md. Jais berkata, kejohanan ini dapat dijadi- kan pemangkin kepada generasi muda untuk melibatkan diri dalam sukan ping pong.

"Kejohanan yang disertai pelba- gai kaum itu diharapkan dapat melahirkan bakat-bakat baru bagi mengharumkan nama negara.

"Kejohanan ini begitu sinonim dengan perancangan dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Johor khususnya Wilayah Iskandar Malaysia sebagai hab sukan di selatan Semenanjung," katanya. KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...