Skip to main content

Tiada alasan tidak beri komitmen


KUALA LUMPUR - Tiada lagi alasan untuk atlet memanah negara tidak memberikan komitmen 100 peratus menjalani latihan memandangkan tahun 2010 adalah musim mencari kejuaraan.


Jurulatih memanah negara, Lee Jae Hyung berkata, jadual latihan untuk tahun depan telah sedia ada memandangkan lapan kejuaraan akan jadi taruhan skuad pemanah.
Jelasnya, atlet diminta bekerja keras bagi membantu negara memenangi pingat bagi setiap acara yang disertai.
"Sebanyak lapan kejuaraan akan berlangsung dan ia akan bermula pada Februari ini iaitu Grand Prix Asia yang akan menemui mereka di Kuala Lumpur.
"Tahun hadapan juga atlet akan lebih bertungkus lumus dan ada antara atlet seperti Wan Khalmizam Wan Abdul Aziz telah membuat penangguhan pembelajarannya bagi memberi tumpuan sepenuhnya untuk 2010," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Bagaimanapun, Jae Hyung menyatakan kesukaran baginya untuk mengumpulkan atlet-atlet tersebut dalam satu masa latihan.
"Namun begitu, latihan telah dijalankan, cuma latihan secara berkumpulan sukar dijalankan kerana atlet-atlet masih mempunyai komitmen lain. Saya berharap, persediaan akan berjalan lancar seperti yang diinginkan," ujarnya.
Tambahnya lagi, senarai atlet bagi mengisi kejuaraan yang bakal berlangsung tahun hadapan itu masih belum diputuskan lagi tetapi persediaan ke arah itu sedang rancak dilakukan bagi memastikan skuad memanah negara lebih cemerlang berbanding Sukan SEA lalu.
Meskipun Sukan SEA di Laos, baru-baru ini atlet memanah menyumbang enam pingat (satu emas, tiga perak dan dua gangsa) sasaran yang diletak sebenarnya dilihat tidak tercapai.
Sasaran dua emas gagal diraih selepas skuad negara gagal mempertahankan kejuaraan recurve berpasukan lelaki yang dirampas pemanah Thailand.
Sandaran berpasukan recurve lelaki negara itu, menerusi Cheng Chu Sian dan dua pemanah pelapis elit, Arif Farhan Ibrahim Putra dan Fadzli Hisham, hanya berpuas hati dengan pingat perak.
Ditambah lagi, pasukan negara wanita yang terdiri daripada Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Nurhidayah Abdul Latip dan Saritha Cham Nong turut pulang dengan perak apabila tumbang kepada Myanmar.
Bagaimanapun, Chu Sian menyelamatkan keadaan apabila meraih emas dalam acara recurve individu lelaki. UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...