Skip to main content

Zimbabwe ganti Syria


Azzuddin Ahmad


HASRAT Malaysia untuk menguji kekuatan Syria tidak kesampaian apabila aksi persahabatan bola sepak yang dijadualkan pada 2 Januari depan di Kuala Lumpur itu terpaksa dibatalkan.

Sebagai ganti, skuad kebangsaan bimbingan K. Rajagobal itu akan bertemu Zimbabwe di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu depan sebagai ujian sebelum aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 6 Januari depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya hanya menerima maklum balas pembatalan daripada Persatuan Bola Sepak Syria (SFA) pada pagi semalam.

"Baru pagi tadi (semalam) kita menerima berita pembatalan ini dari pihak SFA. Alasannya mereka tidak dapat hadir ke sini. Jadi sebagai ganti, kita akan bertemu Zimbabwe pada 30 Disember.

"Tapi kita masih menanti pengesahan rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan jika kelulusan diterima, perlawanan menentang Zimbabwe ini akan dapat kita adakan," katanya ketika dihubungi Kosmo! petang semalam.

FAM sepatutnya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Persahabatan Malaysia melawan Syria petang semalam tetapi ia terpaksa dibatalkan berikutan perkembangan terbaru itu.

Tahun ini saja, Malaysia sudah dua kali mengadakan perlawanan persahabatan menentang Zimbabwe iaitu ketika persiapan menghadapi Manchester United pada Julai lalu.

Pada perlawanan pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 12 Julai lalu, Malaysia menang 4-0 manakala pada aksi kedua di Stadium Shah Alam pada 14 Julai, Malaysia sekadar menang tipis 1-0.


Namun Zimbabwe ketika itu hanya dibarisi pemain-pemain dari sebuah kelab tempatan mereka iaitu Monomotapa United.

Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA pada 16 Disember lalu, Malaysia kini berkedudukan ke-160 dunia, Zimbabwe ke-109 manakala Syria ke-91.

Anak-anak buah Rajagobal akan berkumpul menjalani latihan pusat bermula hari ini dengan majoriti mereka adalah pemain-pemain bawah 23 tahun (B-23) negara yang baru saja memenangi pingat emas di Sukan SEA Laos kecuali dua pemain senior, Norhafiz Zamani Misbah dan Amri Yahyah.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...