Skip to main content

Zulkifli tarik diri skuad memanah


PENGUNDURAN Zulkifli Tahil daripada skuad elit memanah negara menyebabkan jurulatih kebangsaan, Lee Jae-hyung kini ketiadaan pilihan kecuali baki tiga atlit untuk acara recurve di Grand Prix (GP) Asia pertama, Februari depan.



Pengunduran itu menyaksikan Jae-hyung kini hanya memiliki Cheng Chu Sian, Wan Mohd Khalmizam Wan Abdul Aziz dan Arif Farhan Ibrahim Putra dalam skuad elit, jumlah yang diperlukan untuk acara berpasukan.

Pusingan pertama sirkit Asia itu dijadual berlangsung dari 5 hingga 12 Februari dengan Kuala Lumpur menjadi tuan rumah.




Buat masa ini, pengendali kelahiran Korea Selatan itu belum membuat keputusan sambil menunggu perbincangan khas yang dijangka diadakan antara Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Kami sepatutnya menghantar satu pasukan (recurve) dan enam pemanah bagi acara individu. Namun, sehingga kini, saya masih belum memutuskannya,” katanya.

Zulkifli, 22, yang diserapkan dalam skuad elit pada awal tahun lalu, kembali menyertai kem latihan di Labuan - tempat kelahirannya - sejurus sebelum penyertaan di Sukan Sea, Laos, selepas kecewa terhadap kemerosotan prestasi pada Kejohanan Memanah Asia di Bali, Indonesia, bulan lalu.
Pemanah muda itu sebelum ini dilihat sebagai pengisi kekosongan recurve berpasukan lelaki negara yang menjadi acara tumpuan selepas rakan senior, Mohd Marbawi Sulaiman kini bertukar arah menjadi jurulatih.

Kini, Jae-hyung terpaksa bergantung harap kepada lima pemanah pelapis, Mohd Izzuddin Abdul Rahim, Nazrin Aizat Mat Nasir, Aiman Hafizuddin Kamarzaman, Fazli Hisham Fauzi dan Liew Tek Hwa.

Rekod terbaik Malaysia dalam acara recurve berpasukan lelaki GP Asia adalah memenangi pingat perak pada sirkit ketiga di Kuala Lumpur, Julai lalu selepas tewas tipis kepada Korea Selatan. BHARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...