Skip to main content

17 pasukan sah penyertaan

PERLUMBAAN Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 dijamin akan tetap menampilkan mutu kayuhan terbaik dan persaingan sengit di kalangan pasukan yang bertanding, walaupun penganjur mengakui terpaksa berjimat cermat berikutan kekurangan bajet.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd Yasin Mohd Saleh, berkata LTdL 2010 kekal mendapat sambutan hangat daripada pasukan tempatan dan profesional antarabangsa, walaupun bilangan penyertaan terpaksa dihadkan kepada hanya 20 sahaja.

Malah, Mohd Yasin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran, berkata sehingga kini 17 pasukan termasuk tiga pasukan berstatus ProTour iaitu Astana dan Caisse D'Epargne dari Kazakhstan serta Footon-Servetto (Sepanyol) sudah sah menyertai LTdL 2010 sejauh 1,001.8 kilometer, bermula dari 1 sehingga 7 Mac ini.

Ini adalah kali pertama pasukan Astana yang turut dibarisi Juara Tour de France 2009, Alberto Contando dan Caisse D'Espargne yang diperkuatkan dengan pelumba Alenjandro Valverde iaitu juara Vuelta Espana yang akan mengambil bahagian dalam LTdL.

Manakala, pasukan ISD-Neri dari Itali pula, menjadi satu-satunya pasukan berstatus Pro-Continental yang akan berentap dalam perlumbaan tahun ini.

Katanya, tiga pasukan kebangsaan yang sudah mengesahkan untuk menyertai perlumbaan kali ini adalah pasukan Malaysia, Kazakhstan dan Afrika Selatan, manakala 10 pasukan lagi berstatus Continental (Asia).

“Kita memang meletakkan sasaran 20 pasukan akan menyertai LTdL 2010 dan setakat ini sebanyak 17 pasukan sudah mengesahkan penyertaan mereka, manakala nama tiga lagi pasukan bakal diumumkan, pada akhir bulan ini,” katanya pada sidang media di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, semalam.

Sepuluh pasukan Asia yang sudah mengesah menyertai LTdL 2010 ialah, Drapac Procshe dari Australia, Tabriz Petrochemical Cycling Team; Seol Cycling Team (Korea), Marco Polo Cycling Team (China), Asian Racing Team (Japan), Max Success Sport Cycling Team (China), Le Tua Cycling Team (Malaysia), Team Geumsam Ginseng Asia (Korea), Azad University Cycling Team dan Giant Asia Racing Team (Taiwan).

Mengulas lanjut, Mohd Yasin berkata walaupun kementerian hanya memperuntukan RM7.5 juta untuk LTDL 2010, namun semua persiapan penganjurannya kini berjalan lancar.


Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...