Skip to main content

Azizul janji kekalkan prestasi selepas mendirikan rumah tangga


KUALA LUMPUR - Jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang berjanji untuk mengekalkan prestasi selepas mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya, pada 30 Januari ini.
Bakal menjadi suami kepada Athiah Ilyana Abd. Samat, Azizulhasni menegaskan, fokusnya terhadap karier sama sekali tidak akan terjejas, malah dia berharap perkahwinan akan memberikan lagi dorongan tambahan kepada dirinya.

''Saya memandang serius dengan apa yang sedang saya lakukan sekarang, walaupun bakal bergelar suami, lumba basikal masih menjadi keutamaan.

''Malah, saya akan lebih bersemangat menjalani latihan di Melbourne kerana bakal isteri akan menemani saya di sana kerana dia sedang melanjutkan pelajaran,'' katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Azizulhasni turut menambah, dia akan kembali ke Melbourne pada 7 atau 8 Februari ini, selepas urusan perkahwinannya selesai.


''Majlis menyambut menantu akan diadakan di Terengganu pada 5 Februari ini selepas majlis di Ipoh.
''Selepas itu, baru saya akan menyusul pulang ke Melbourne bersama kembali dengan rakan-rakan yang terlebih dahulu akan pulang pada 31 Januari ini,'' katanya yang masih segar dengan kejayaan pingat emas acara keirin berbasikal Piala Dunia Klasik UCI di Beijing, Ahad lalu.
Mendapat jolokon sebagai The Pocketrocketman, Azizulhasni juga berkata, fokusnya kini terarah kepada kejohanan Piala Dunia di Copenhagen dari 24 hingga 28 Mac ini.
''Memiliki jersi putih dalam acara keirin memang memberikan satu tekanan, dan saya berkeinginan untuk menang di sana setelah gagal menyerlah di Poland tahun lalu dalam acara berkenaan,'' ujarnya.
Skuad lumba basikal trek negara menerima tajaan RM2 juta untuk tempoh tiga tahun daripada Yayasan Sime Darby (YSD), semalam.
Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut ditanda tangani bersama oleh Pengerusi YSD, Tun Musa Hitam dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Lumba Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad.
Menurut Musa, penajaan itu bertujuan membantu perkembangan skuad lumba basikal negara sepanjang mengikuti latihan dan pertandingan di luar negara, termasuk Sukan Komanwel serta Sukan Asia.
''Diharapkan sumbangan ini akan membuatkan mereka lebih fokus dan seterusnya merealisasikan impian untuk meraih pingat emas pertama kepada negara semasa Sukan Olimpik 2012 di London,'' jelasnya.
Turut hadir ialah jurulatih skuad lumba basikal trek negara, John Beasley.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...