Skip to main content

Chong Wei, beregu tuai emas


GAMBAR (kiri); REAKSI Kien Keat dan Boon Heong (kanan) selepas menewaskan Xu Chen-Guo Zhendong, semalam. (kanan) KEPUASAN terbayang di wajah Chong Wei selepas final, semalam.

Hampiri rekod Peng Soon; Kien Keat-Boon Heong akhiri badi dua tahun

GEMPITA sorakan menepati aksi mengagumkan ciptaan Lee Chong Wei yang memperolokkan Boonsak Ponsana diperakui antara bintang badminton dunia seperti 'budak baru belajar' dalam laluan merangkul mahkota keenam Terbuka Malaysia di Stadium Putra, semalam.

Taktik awal jaguh Thailand itu untuk cuba mengganggu termasuk memilih bertukar gelanggang sebelum bermula aksi hanya 'menjadi' seketika, sebelum keunggulan dijelmakan Chong Wei, untuk Boonsak terpaku mengalah, 13-21, 7-21.


Kini rekod lapan gelaran Wong Peng Soon dilakukan pada penghujung 1940an dan awal 1950an menanti untuk diatasi. Chong Wei juga melakar sejarah peribadi meraih dua gelaran Siri Super berturut-turut, selepas unggul di Terbuka Korea Selatan, minggu lalu.

Menggemilangkan lagi skuad negara ialah kejayaan gandingan utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menamatkan penantian dua tahun mereka untuk meraih gelaran beregu lelaki apabila menundukkan lawan dari China, Guo Zhendong-Xu Chen 21-15, 17-21, 21-16 dalam pertentangan selama 55 minit.

Buat Chong Wei, kepuasan jelas tergambar di wajahnya.
"Saya masih tidak dapat percaya bahawa saya sudah menang enam kali. Tambahan pula kerana berbeza dengan Terbuka Korea, saya dipaksa bekerja keras sejak awal. Hari ini, kekuatan mental jadi kelebihan saya. Saya harap mampu mengekalkan tahap sebegini," katanya.

Memang di awalnya, gambaran sukar terjelma. Boonsak memilih lebih menyerang dan berjaya mendahului 6-3 dan 12-10. Tetapi sejurus itu, segalanya ibarat dikunci Chong Wei yang memintas pada 12-12 sebelum membina kelebihan 15-12. Satu lagi mata berjaya dipungut Boonsak sebelum Chong Wei menang dalam masa 19 minit.

Segalanya langsung berubah di set kedua. Chong Wei meluru dengan pungutan sembilan mata pertama dan biarpun Boonsak cuba melawan, lebih 7,000 penonton akur betapa Chong Wei hanya menanti masa untuk dimahkotakan, yang akhirnya jadi realiti selepas 15 minit pertentangan set berkenaan.

Kien Keat-Boon Heong pula mencipta gelisah apabila, selepas menang set pertama, wujud situasi longgar dalam kombinasi yang membolehkan Zhendong-Xu Chen mengikat kedudukan hasil kejayaan di set kedua.
Hari ini fokus saya lebih baik. Saya seperti tahu apa yang perlu dilakukan, di mana mahu diarahkan pukulan. Ini memang permulaan baik sebelum kami bertanding di Seluruh England, Mac nanti," kata Keat.

Oleh Ahmad Khawari Isa dan Norsyarafina Nasrom

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...