Skip to main content

Gantung raket 2012

LEE Chong Wei membayangkan akan bersara daripada badminton pada 2012 selepas meraih pingat emas Sukan Olimpik.
DUTA MAXIS...Matthew (tengah) bersama Misbun (kiri) dan  Chong Wei pada majlis menandatangani perjanjian penajaan dengan  Maxis, semalam.
DUTA MAXIS...Matthew (tengah) bersama Misbun (kiri) dan Chong Wei pada majlis menandatangani perjanjian penajaan dengan Maxis, semalam. 

LEE Chong Wei membayangkan akan bersara daripada badminton pada 2012 selepas meraih pingat emas Sukan Olimpik.


Bagaimanapun dia berharap sebelum bersara, semua gelaran yang masih belum diraih pemain Malaysia mampu dirangkulnya.

“Saya akan bersara selepas Sukan Olimpik 2012. Saya harap dapat pingat emas dan memenangi gelaran yang masih belum diraih pemain Malaysia seperti China Masters dan Olimpik,” kata Chong Wei selepas majlis tajaan syarikat pembekal telekomunikasi bergerak, Maxis Berhad untuk tempoh setahun bermula Januari hingga Disember ini.

Setakat ini, Chong Wei masih belum mempunyai koleksi kejuaraan Seluruh England, Terbuka China dan China Masters, selain Olimpik dan Sukan Sea.

Chong Wei berkata, banyak pengorbanan yang perlu dilakukannya untuk mencapai semua gelaran itu.
“Untuk mencapai tahap itu, kesungguhan dan latihan saja tidak cukup jika seseorang atlit tidak berkorban dalam banyak perkara seperti keseronokan berhibur dan bercuti bersama rakan sebaya dan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, dia menolak kemungkinan menjadi pemain profesional seperti dilakukan beberapa pemain ternama dunia biarpun mengakui tindakan itu mampu memberi lebih ruang untuknya melakukan banyak perkara yang tidak dapat dikecapinya sepanjang bergelar pemain ketika bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sebelum ini beberapa pemain seperti Chen Hong dari China dan Taufik Hidayat (Indonesia) bergelar pemain profesional bagi meluangkan lebih masa bersama keluarga.

“Saya mahu remaja kita tahu bahawa kejayaan yang saya kecapi ini bukan mudah diperoleh. Banyak pengorbanan yang saya lakukan dan begitu juga orang lain perlu laksanakan demi untuk berjaya. Tapi, saya selesa begini kerana sudah beroleh balasan atas pengorbanan itu,” kata Chong Wei yang yakin mampu mendapatkan semula keseronokan yang dikorban sebelum ini selepas bersara nanti.

Sementara itu, pencapaian Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia dan kemampuan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek memastikan pemain itu terus kekal di ranking teratas menjadi daya penarik kepada Maxis yang menyifatkan mereka berdua mempunyai budaya kerja tinggi, berdisiplin, berdaya tahan dan bijak dalam bidang mereka ceburi.

Ketua Pegawai Pemasaran Maxis Berhad, Matthew Wilsher, berkata pencapaian dua nama besar dalam dunia badminton itu mampu memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, sekali gus seiring dengan matlamat Maxis yang mahu mencapai tahap kecemerlangan dalam produk dan perkhidmatan disediakan.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) membabitkan kedua-dua pihak yang mengesahkan Chong Wei dan Misbun sebagai Duta Maxis 2010 berlangsung di Hotel Westin, Bukit Bintang.
Pada majlis itu, Chong Wei turut menyampaikan 50 raket ditandatanganinya kepada kanak-kanak bertuah yang mengambil bahagian dalam Peraduan Lee Chong Wei menerusi Internet.

HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...