Skip to main content

Harimau Muda tidak akan dibubar


KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih berteka-teki mengenai masa depan skuad Harimau Muda A walaupun memberi bayangan ia mungkin akan ke kancah Liga Super.
FAM dalam mesyuarat teknikalnya, semalam menemui jalan penyelesaian terbaik untuk skuad bawah 21 tahun kebangsaan itu, namun cadangan mereka perlu mendapat kelulusan exco yang akan bermesyuarat, Ahad ini.

Walaupun enggan mendedahkan apakah cadangan yang bakal dibawa ke exco, namun Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad memberi jaminan, skuad itu tidak akan dibubarkan.
"Kalau mereka tidak diterima oleh liga negara sendiri, di mana lagi mereka hendak bermain.
"Yang pasti, rancangan ini akan melibatkan pemain-pemain sebagai sebuah pasukan, ia tidak akan dibubar atau dipecahkan.


"Saya percaya, cadangan ini akan diterima oleh exco kerana ia adalah perkara baik, namun biarlah ia diumumkan sendiri oleh Presiden (Sultan Ahmad Shah),'' ujarnya.
Katanya lagi, skuad Harimau Muda A memerlukan perancangan serius kerana mereka membawa matlamat besar, termasuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA apabila temasya kembali ke Indonesia pada 2011.
Ujarnya, FAM mempunyai beberapa alternatif untuk anak-anak buah jurulatih, Azraai Khor Abdullah itu, namun beraksi dalam liga yang memberikan pertandingan beterusan adalah rancangan terbaik.
"Kita tidak boleh membiarkan pemain tiada pertandingan, mereka perlu beraksi dan sebagai sebuah pasukan, justeru beraksi dalam liga yang menawarkan perlawanan berterusan merupakan idea terbaik.
"Kita akan mencari satu jalan yang memberi keuntungan kepada semua pihak, bagaimana ia akan dilaksanakan, itu bergantung kepada exco yang akan membincangkan kedudukan mereka, Ahad ini,'' katanya lagi.
Pasukan Harimau Muda A sepatutnya beraksi dalam Liga Super selepas muncul juara Liga Perdana musim ini, namun rancangan itu tertangguh kerana ada usaha untuk membawa mereka beraksi dalam Liga Singapura.
Bagaimanapun hasrat untuk menimba pengalaman dalam liga negara jiran tidak kesampaian kerana terlalu banyak syarat yang ditetapkan persatuan bola sepak Singapura, selain terpaksa melalui prosedur yang memakan masa terlalu lama.
"Saya ingin menjelaskan bahawa Singapura sebenarnya tidak menolak permohonan Malaysia seperti yang dilaporkan media sebelum ini tetapi kita melihat proses untuk beraksi di negara itu terlalu rumit dan memakan masa panjang kerana ia kena melalui pelbagai prosedur.
"Pintu untuk beraksi dalam Liga Singapura masih terbuka, tetapi kita kena melalui pelbagai syarat yang mungkin tidak berapa menguntungkan kita,'' kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
Sementara itu, ditanya kedudukan skuad bawah 23 kebangsaan untuk beraksi di Eropah, Redzuan berkata, ia masih di peringkat rundingan dengan Kementerian Belia dan Sukan.
Bagaimanapun tegasnya, sama ada rancangan tersebut menjadi kenyataan atau tidak, FAM sudah mempunyai perancangan untuk skuad emas negara itu.
"Jika jadi ke Eropah, ia merupakan bonus yang baik tetapi jika tidak, kita sudah ada perancangan untuk mereka, termasuk mengatur perlawanan persahabatan.
"Kita akan pastikan, semua pemain dapat berkumpul sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk berlatih dan diberi pertandingan, tetapi mereka tetap berada dalam keadaan fizikal yang kompetitif kerana beraksi buat kelab masing-masing dalam saingan liga,'' katanya. UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...