Skip to main content

Jangan kacau skuad elit - Zolkples


KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong semalam mengarahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) agar tidak melakukan sebarang rombakan dalam skuad elit kebangsaan sehingga tamat Piala Thomas, Mei ini.
Tegas Zolkples, tindakan merombak struktur kejurulatihan hanya akan merosakkan persiapan Malaysia menjelang kejohanan berpasukan prestij itu yang akan diadakan di Kuala Lumpur dari 9-15 Mei ini.
Amaran tersebut dikeluarkan beberapa hari selepas ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky menyuarakan kebimbangan bahawa khidmatnya mungkin tidak diperlukan lagi oleh BAM.
Malah, Zolkples dalam pertemuan dengan pegawai BAM, semalam turut memuji tindakan Rexy, yang dianggap menjalankan kerja dengan baik apabila mengagihkan tugas kepada jurulatih lain pada ketika ada pihak menganggap tindakan itu seperti 'lepas tangan'.
"Saya sudah mengeluarkan arahan kepada BAM supaya jangan kacau pasukan sedia ada sehingga tamat Piala Thomas.



"Kalau diganggu, ia akan merosakkan persiapan kita tetapi selepas Piala Thomas habis, terserah kepada mereka untuk membuat keputusan,'' kata Zolkples ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja MSN-BAM di Bukit Jalil, semalam.
Malah, Zolkples ketika mengulas mengenai prestasi kerja yang ditunjukkan Rexy selama ini mengakui, beliau tidak melihat ada masalah ditunjukkan jurulatih kelahiran Indonesia itu.
Sebaliknya, bersetuju dengan tindakan Rexy mengagihkan tugas dan memberi lebih kepercayaan kepada jurulatih tempatan untuk membimbing pemain elit.
"Daripada laporan yang saya terima daripada jurulatih-jurulatih lain, Rexy memberi lebih kepercayaan kepada pembantunya dan mengagihkan tugasan, itu satu tindakan yang bagus.
"Saya tidak menerima sebarang rungutan atau laporan negatif, saya tidak nampak dia (Rexy) ada masalah,'' ujar Zolkples.
Sementara itu, Setiausaha BAM, P. Ganga Rao, yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan bersetuju dengan arahan untuk tidak merombak pasukan elit sebelum Piala Thomas.
Bagaimanapun kata Ganga, BAM tetap akan membawa masuk jurulatih baru, Tan Kim Her, tindakan yang sebelum ini mencetuskan sedikit rasa kurang senang dalam kem badminton negara.
"Tan Kim Her adalah jurulatih yang bagus, jadi kalau kita tidak ambil dia sekarang orang lain yang akan ambil.
"Dia akan memulakan tugasnya Februari ini, bagaimanapun untuk sementara waktu dia tidak akan diletak dalam skuad kebangsaan, mungkin membantu pasukan remaja.. kita akan tentukan kemudian,'' ujar Ganga.
Selain Ganga, turut mewakili BAM pada mesyuarat semalam adalah pengurus besarnya, Kenny Goh, selain pengurus bahagian kewangan dan promosi, K. Manoharan.

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...