Skip to main content

Juara dunia, Eropah hangatkan saingan Regata Perdana 2010

LANGKAWI - Kehadiran juara dunia Keerati Bualoong dalam acara Laser Radial dan juara Optimist Eropah, Carlos Robles Lorente akan menghangatkan saingan Regata Perdana Antarabangsa Langkawi 2010 yang bermula di sini, hari ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd. Afendy Abdullah berkata, Keerati, pelayar Thailand, dan Lorente dari Sepanyol merupakan antara peserta yang akan memberi saingan kepada pelayar negara.


"Kami berpeluang melihat keupayaan pelayar asing dan bertaraf dunia ini serta dapat mengukur tahap persediaan pelayar negara," katanya di sini, semalam.

Walaupun kehadiran pelayar jaguh, katanya, Malaysia tidak ketinggalan menurunkan pelayar berbakat seperti Kharulnizam Mohd. Afendy, yang muncul juara acara Laser Radial pada Kejohanan Remaja Australia di Adelaide bulan lepas.

''Ini adalah peluang terbaik Kharulnizam menebus kehampaan semasa bertanding pada Kejohanan Laser Radial Dunia 2009 di Jepun dengan menduduki tempat keempat di belakang juara Bualoong,'' katanya.
Selain Kharulnizam, pelayar elit negara Mohd. Romzi Muhamad turut mengalas cabaran dalam acara tersebut. Dia menduduki tangga kedua pada Kejohanan Kebangsaan Australia di Adelaide.
Mohd. Afendy berkata, Malaysia juga meletakkan sandaran pada pelayar berbakat, Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan dalam acara Laser Standard.

Di samping itu, pasukan negara juga mengharapkan persembahan cemerlang dari juara Optimist kebangsaan Ahmad Latif Ali Sabri Khan dan naib juara Optimist dunia Mohamad Faizal Norizan.
Bagaimanapun, penguasaan Thailand dalam acara Optimist pada kejohanan kali ini agak sukar berikutan ketiadaan pelayar handalan Noppakao Poonpat.
Nappakao, juara dunia dan pemenang dua pingat emas pada Kejohanan Optimist Asia IODA 2009 di sini Disember lalu, tidak dapat beraksi kerana terpaksa menduduki peperiksaan.
Mohd. Afendy berkata, enam pelayar Orang Kurang Upaya (OKU) juga akan mengambil bahagian dengan menggunakan perahu layar khas disediakan oleh MYA.
Seramai 200 pelayar akan menyertai regata tersebut termasuk dari Singapura, Thailand, Myanmar, Indonesia, India, Belgium, Iran, Sepanyol, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Hong Kong. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...