Skip to main content

'Kami selesa bersama Rexy'




KREDIBILITI Rexy Mainaky selaku ketua jurulatih beregu badminton negara tidak perlu dipersoalkan lagi.
Hakikatnya, Rexy telah berjaya membimbing anak-anak buahnya mengecap pelbagai kejayaan sejak dilantik sebagai jurulatih negara pada 2005.
Bagi dua pemain beregu negara, Wong Pei Tty serta Mohd. Zakry Abdul Latif, mereka mengakui cukup selesa menjalani latihan bersama Rexy.
Pei Tty berkata, dia dan pasangannnya, Chin Eei Hui tidak mengalami banyak masalah 'berguru' dengan bekas jaguh Indonesia itu.
"Kami mula mendapat bimbingan daripada Rexy selepas Sukan Olimpik 2008 dan kami memang selesa untuk menjalani latihan bersamanya," kata Pei Tty.
"Kami banyak menunjukkan peningkatan termasuk muncul beregu wanita No. 1 dunia tahun lepas dan menjuarai beberapa kejohanan.
"Selain itu, kami dan Rexy juga selalu berbincang bagi memperbaiki mutu permainan. Dia merupakan jurulatih yang mudah menerima pandangan pemain.
"Namun, kami sama sekali tidak akan membantah sekiranya terpaksa bertukar jurulatih pada masa hadapan kerana ini bukan kuasa kami."
Menurut Pei Tty, berdasarkan faktor usia, lebih sukar sekiranya dia terpaksa mendapatkan khidmat jurulatih lain terutama jika jurulatih baru ingin mengubah corak permainan mereka berdua.


"Saya dan Eei Hui bukan masih muda dan kami sudah selesa dengan corak latihan dan permainan kami ketika ini," tambah Pei Tty.
"Saya rasa, kami juga sebenarnya sudah tahu apa yang kami perlukan dan jika terdapat jurulatih baru, saya harap dia tidak paksa untuk kami menukar corak permainan secara drastik."
Sementara itu, Zakry juga mengakui, Rexy telah memberi impak yang besar terhadap kariernya termasuk menggandingkannya dengan Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari sehingga mereka menjadi beregu No. 2 negara ketika ini.
"Rexy memang banyak membantu dalam menaikkan karier saya," kata Zakry.
"Dia juga merupakan individu yang bertanggungjawab menggandingkan saya dengan Fairuzizuan sehingga kami berada di tahap ini.
"Secara jujurnya, saya memang selesa dengan Rexy dan sepanjang dia membimbing kami, saya tidak pernah berdepan masalah dengannya."
Terdahulu, timbul khabar angin tempat Rexy akan digantikan oleh jurulatih baru, Tan Kim Her meskipun kedudukannya selaku ketua jurulatih beregu negara terjamin sekurang-kurangnya sehingga kempen Piala Thomas Mei depan.
Kim Her, bekas pemain negara yang juga semi finalis Sukan Olimpik 1996 bersama Soo Beng Kiang, akan mula menjalankan tugasnya selaku jurulatih skuad negara bermula bulan depan.

Oleh RADIAH SAORI
radiah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...