KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) melakukan rombakan kepada jawatankuasa kecil dengan memisahkan pembangunan dan kejurulatihan dan tidak lagi diletakkan di bawah telunjuk seorang pengerusi.
Dalam pemilihan baru jawatankuasa kecil badan induk itu hasil daripada mesyuarat agung tahunan (AGM) yang dilangsungkan, Sabtu lalu naib presidennya, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar dilantik pengerusi jawatankuasa pembangunan.
Mumtaz yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlit Malaysia (Yakeb) kini dipertanggungjawab merencana soal pembangunan sukan olahraga melalui program mencungkil bakat dan kembali menyemarakkan disiplin di peringkat akar umbi.
Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim yang sebelum ini menerajui kedua-dua jawatankuasa kerja kejurulatihan dan pembangunan dikurangkan kuasa apabila kini memegang jawatankuasa kejurulatihan.
Sabtu lalu, Shahidan memberi jaminan akan melakukan pembaharuan drastik dalam pengurusan badan induk itu dan berkata bahawa tidak ada seorang pegawai KOAM yang memegang banyak jawatan pengerusi jawatankuasa kecil.
Shahidan yang memegang pengerusi jawatankuasa kewangan turut menyandang posisi pengerusi jawatankuasa media dan arahan terbaru hanya Presiden akan membuat sebarang kenyataan atau pun ulasan.
Pemegang lain dalam jawatankuasa kerja itu ialah K Yogeswaran memegang kedudukan pengerusi pertandingan, R Anamalai (perubatan), Mohamad Awang (pertandingan), S Chinathamby (teknikal) dan M Iyaru (statistik).

Comments
Post a Comment