Skip to main content

KPI jadi kayu ukur Rexy sebagai jurulatih beregu negara

KUALA LUMPUR - Persoalan yang ditinggalkan ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky kelmarin dibalas dengan seribu satu persoalan oleh Persatuan Badminton malaysia (BAM).

Semalam, BAM membuat sidang akhbar khas bagi menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan Rexy, yang antara lain merasakan kedudukannya sebagai ketua jurulatih beregu Malaysia kini tidak selamat.
Jurulatih kelahiran Indonesia itu dalam luahan rasanya kepada pemberita selepas tamat Terbuka Malaysia, kelmarin mengakui, dia berasakan seperti tidak lagi dipercayai untuk membimbing pemain Malaysia, malah sedih apabila mendengar khabar angin dan cakap-cakap belakang mengenai dirinya.
"Saya tidak dengar apa-apa khabar angin, ini (cerita kurang enak) adalah benda baru.


"Kepada Rexy, dia tidak patut rasa risau. BAM tidak akan membuat tindakan semberono. Apa pun tindakan yang akan diambil harus ada prosedur, kami tidak pecat orang sesuka hati.
"Semua jurulatih kena melalui KPI (indeks petunjuk prestasi), begitu juga Rexy. Ketika ini, dia masih ketua jurulatih negara dan tiada apa yang harus dibimbangkan,'' jelas Pengurus Besar BAM, Kenny Goh.
Namun, sebaik diajukan soalan apakah KPI Rexy, Kenny membalas: "Penilaian masih dilakukan dan perkara itu sulit, saya tidak boleh dedahkan."

Malah, saat diajukan soalan, apakah kedudukan sebenar Tan Kim Her, jurulatih yang baru dibawa masuk dan dipercayai antara punca keresahan Rexy, Kenny berkata: "Kami masih tidak tahu."
Kenny juga tidak mengiyakan atau menafikan sama ada Kim Her bakal mengambil alih tempat ketua jurulatih seperti yang dibimbangi Rexy, sebaliknya dia menegaskan, kehadiran jurulatih kelahiran Malaysia itu yang pernah membimbing Korea dan England hanya untuk memantapkan lagi skuad negara.
"Kim Her belum menandatangani kontrak, jadi butiran tugasan serta peranannya belum diputuskan.
"Yang pasti, kehadiran Kim Her adalah untuk menguatkan pasukan negara, Rexy masih ketua jurulatih, malah saya mencadangkan dia supaya membuat pelan yang turut melibatkan Kim Her.''
Kata Kenny, struktur kejurulatihan skuad kebangsaan mungkin memerlukan kajian semula, namun keputusan mengenainya hanya akan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Pada saya, kunci utama masalah ini adalah komunikasi. Mungkin komunikasi antara pihak pengurusan dan jurulatih kurang, maka timbul banyak keresahan dan tanda tanya.
"Saya akan bertemu Rexy untuk membincangkan perkara ini. Pertemuan itu tidak perlu formal, pada bila-bila masa kami boleh jumpa dan berbincang,'' katanya.
Rexy, 42, mula membimbing pasukan Malaysia pada 2005 dan dinaikkan sebagai ketua jurulatih untuk program Olimpik London 2012.

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...