Skip to main content

Malaysia sasar empat terbaik Kejohanan Tenis Piala Fed

KUALA LUMPUR - Selaku tuan rumah, skuad negara mensasarkan untuk berada dalam empat pasukan terbaik kumpulan dua zon Asia/Oceania Kejohanan Tenis Piala Fed yang akan berlangsung 1 hingga 7 Februari ini.

Menurut ketua jurulatih negara, S. Selvarajoo, berdasarkan kemampuan skuadnya, beliau yakin pencapaian itu boleh dilakukan, namun tidak mahu meletakkan bebanan kepada setiap pemain.
''Kebanyakan pemain kali ini terdiri muka baru seperti Jawairiah Nordin, T. Neesha, Choo Lyn Yee selain dibantu muka lama Khoo Chin Bee.


''Bagaimanapun, jika skuad negara mampu beraksi sekurang-kurangnya dalam peringkat play-off, itu merupakan satu petanda yang baik.
''Namun, sasaran kami paling minimum ialah kekal dalam kumpulan dua sekurang-kurangnya pada kejohanan Fed Cup akan datang,'' katanya pada sidang media di sini, semalam.
Sementara itu, Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia, Datuk Abdul Razak Latiff berkata, kejohanan itu mampu memberikan pendedahan terbaik kepada pemain negara.
''Skuad kali ini masih muda, maka saya harapkan mereka mampu mengutip pengalaman berharga semasa kejohanan ini.

''Tambahan pula mereka masih belum didedahkan dengan banyak kejohanan peringkat tertinggi, saya anggap Fed Cup ini datang tepat pada masanya,'' ujarnya.
Beliau menyatakan kos pengendalian Fed Cup itu akan mencecah sehingga RM170,000 untuk kejohanan yang mencecah tujuh hari itu.
''Namun, kita menjangkakan mendapat sumbangan daripada beberapa pihak penaja sebelum kejohanan berlangsung,'' katanya.
Pemain negara, Neesha, memberitahu mereka bakal berdepan cabaran sukar dalam kumpulan dua, namun dia berjanji memberi tentangan sengit.

''Saya tidak mahu meletakkan sebarang sasaran tertentu kerana menyedari laluan bukan mudah.
''Apa yang pasti, saya mahu menimba pengalaman dalam kejohanan di samping mempersembahkan yang terbaik kepada penonton yang datang memberi sokongan,'' katanya.
Skuad negara yang berada dalam kumpulan dua akan bersaing dengan lapan pasukan lain seperti Hong Kong, India, Iran, Kyrgyzstan, Kuwait, Filipina, Singapura dan Syria.

UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...