Skip to main content

MSN arah BAM kaji program


Zolkples


MAJLIS Sukan negara (MSN) mendesak agar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengkaji semula program-program yang telah dirancang sepanjang tahun 2010.
Menurut Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, BAM harus lebih selektif dalam memilih kejohanan yang harus disertai oleh pemain-pemain negara.
Semalam, Zolkples mengumumkan untuk mengurangkan peruntukan yang akan diberikan kepada BAM dan juga persatuan-persatuan sukan lain di Malaysia meskipun sedar terdapat banyak kejohanan sukan yang akan berlangsung sepanjang tahun ini.


"Memang kami telah mengurangkan peruntukan tetapi bukan untuk BAM sahaja tetapi juga untuk sukan-sukan lain," kata Zolkples selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja bersama (JKK) antara MSN-BAM di Bukit Jalil semalam.
"Saya tahu terdapat banyak kejohanan buat pasukan badminton negara tahun ini tetapi MSN memberi keutamaan pada Sukan Asia dan juga Sukan Komanwel selain Piala Thomas.
"Daripada apa yang saya lihat, penyertaan buat pemain beregu negara pada kejohanan-kejohanan antarabangsa agak munasabah tetapi tidak begitu praktikal buat pemain perseorangan.
"BAM harus lebih selektif agar jangan ada pemain yang mengalami kecederaan. Tambahan pula, kelayakan untuk ke Sukan Olimpik London 2012 juga masih belum bermula.
"BAM juga harus kaji strategi mengapa pemain handalan dunia, Lin Dan menarik diri daripada beberapa kejohanan penting. Mungkin mereka ada strategi dan inilah yang harus dikaji oleh BAM."
Begitupun, MSN menjelaskan, kelulusan peruntukan telah diberikan kepada BAM untuk program sehingga hujung Mac ini sebelum satu lagi mesyuarat JKK bersama BAM diadakan sekali lagi selepas Tahun Baru Cina bulan depan.
Dalam pada itu, MSN turut menjelaskan, pihaknya tidak mempunyai peruntukan untuk menanggung jurulatih beregu baru negara, Tan Kim Her untuk membantu persediaan skuad Piala Thomas negara April ini.
"BAM ada mencadangkan Kim Her tetapi bagi kami, keperluannya tidak perlu dalam persiapan skuad Piala Thomas negara tahun ini," tambah Zolkples.
"Kita tiada peruntukan buat Kim Her. Saya harap persediaan skuad Piala Thomas yang telah dijalankan sejak tahun lepas tidak diganggu."
Awal tahun ini, Kim Her yang juga semi finalis Sukan Olimpik Atlanta 1996 bersama Soo Beng Kiang, telah dilantik untuk membimbing pemain beregu negara.

Oleh RADIAH SAORI
radiah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...