Skip to main content

MSN kecam sikap BAM

Tiada persediaan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama

SIKAP 'tangkap muat' dan tidak bersedia Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencetus rasa kurang senang Majlis Sukan Negara (MSN) ketika kedua-dua pihak duduk semeja untuk mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama MSN-BAM, kelmarin.

Antara keluhan diluahkan MSN ialah hakikat BAM belum pun mengesahkan senarai nama pemain dan jumlah kejohanan bakal disertai untuk sepanjang musim 2010.

"Tahun ini penting untuk sukan badminton negara. Kita ada Piala Thomas, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel dan Sukan Asia di mana pemain negara diletakkan sasaran untuk menyerlah.

"Sepatutnya BAM lebih bersedia. Mesyuarat itu adalah untuk memuktamadkan semua perkara penting, termasuk peruntukan kewangan. Tetapi apa diberi ialah senarai cadangan yang belum disahkan," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong.

Semua itu angkara kegagalan BAM - di sebalik janji selepas Mesyuarat Agung BAM, hujung Disember lalu - mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Teknik dan Kejurulatihan untuk memuktamadkan perancangan mereka. 

Apa yang menariknya ialah Presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh - yang juga pengerusi jawatankuasa itu - sebelumnya sudah memberi tarikh untuk mesyuarat diadakan, hari ini - dengan mesyuarat bersama MSN harus dijadualkan selepas itu.

Tetapi tarikh diberi Nadzmi dikatakan ditolak seorang pegawai penting BAM - dengan alasan beliau akan berada di luar negara atas urusan peribadi - sekali gus mencetus persoalan 'siapa sebenarnya berkuasa' dalam BAM.

Turut diperkatakan ialah pegawai sama juga bertanggungjawab memberi kebenaran kepada tarikh mesyuarat dengan MSN, Rabu lalu - sekali gus mendedahkan BAM kepada 'rasa kurang senang' MSN itu.

BAM juga menyalahi 'tradisi' mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama - berbanding persatuan sukan kebangsaan lainnya - apabila tidak menghantar pemimpin kanan persatuan itu untuk apa layak disifatkan sebagai 'perbincangan tertinggi' dengan MSN itu.

Oleh Ahmad Khawari Isa
ahmadkhawari@bharian.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...