Skip to main content

Peluang melihat Piala Dunia lebih dekat di Kuala Lumpur


Antonio Del Rosario menarik kain penutup Piala Dunia untuk tatapan umum sebaik tiba dari Jakarta di KLIA, Sepang, semalam.

SEPANG - Malaysia akan menjadi tumpuan utama peminat sukan tempatan dan dunia apabila trofi keagungan bola sepak, Piala Dunia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan khas dari Jakarta. Semalam, Kuala Lumpur menjadi bandar raya Asia kelima menerima kedatangan trofi tersebut dalam siri jelajah 134,017 kilometer merentasi lima benua dan 83 negara bermula dari Ibu Pejabat Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) di Zurich, Switzerland, 21 September lalu.
Siri jelajah yang dibawakan khas oleh syarikat minuman terkenal Coca Cola dengan kerjasama FIFA, adalah sebahagian promosi Kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan mulai Jun hingga Julai ini.



Menghangatkan lagi Piala Dunia, trofi asli setinggi 36.8 sentimeter dan berat 6.175 kilogram yang diperbuat daripada emas tulen 18 karat itu akan dipamerkan di Pusat Konvensyen Mid Valley di sini, mulai hari ini dan Jumaat.
Peminat berpeluang menatap trofi itu dari dekat dan bergambar bersama ikon global tersebut selain menikmati ekstravaganza bola sepak menerusi tayangan filem tiga dimensi (3D).
Sementara itu, menurut Pengurus Am Rantau Malaysia, Singapura dan Brunai The Coca-Cola Company, Antonio Del Rosario, trofi Piala Dunia sememangnya jarang disaksikan oleh umum dan lawatan itu merupakan penghormatan kepada sukan popular tersebut yang berjaya memecah sempadan sosial, budaya dan negara.
''Jelas sekali wujudnya keghairahan sejagat terhadap bola sepak dan Coca-Cola berbangga kepada berpeluang menyatukan rakyat Malaysia dengan semangat 1 Malaysia,'' katanya ketika berucap pada majlis menyambut ketibaan trofi Piala Dunia di KLIA di sini, semalam.
Beliau berkata, bagi peminat bola sepak di negara ini yang berhasrat untuk mendapatkan pas ke Jelajah Piala Dunia FIFA boleh membuat pembelian burger properity bersaiz besar di restoran McDonald's sekitar Lembah Klang atau melawat gerai jualan Coke di East Atrium, pusat membeli-belah Mid Valley pada hari ini dan esok.
Dalam pada itu, jurucakap FIFA bagi jelajah itu, Lingling Liu pula berkata, penjelajah Piala Dunia itu ke Kuala Lumpur bertujuan untuk mendekati peminat bola sepak di negara ini yang sudah pasti tidak mahu ketinggalan untuk merasakan kemeriahan temasya yang diadakan empat tahun sekali itu.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...