Skip to main content

Pelumba Jepun nyaris rentap emas Azizul


SEPANG - Jika bukan kerana usaha keras petugas sokongan yang menampilkan bukti rakaman video, Mohd. Azizulhasni Awang pasti berputih mata daripada menikmati pingat emas acara keirin berbasikal Piala Dunia Klasik UCI di Beijing, Ahad lalu apatah lagi tiket ke Kejohanan Dunia, Mac ini.

The Pocketrocketman mulanya cuba dinafikan tiket ke pusingan akhir gara-gara bantahan pasukan Jepun terhadap komisar perlumbaan yang mendakwa pelumba mereka, Masa Kotasai telah dihimpit sehingga pemegang basikalnya tersangkut dengan basikal milik pelumba negara.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, nasib baik petugas ISN (Institut Sukan Negara) sempat merakamkan kejadian itu sekali gus membuktikan Azizul tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi peraturan sehingga dia boleh dibatalkan seperti didakwa Jepun,'' katanya, semalam.


Azizulhasni pula yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam berkata, sebenarnya pelumba Jepun itulah yang cuba menghimpitnya.

"Sebenarnya pelumba Jepun itu yang cuba menghimpit saya sampai nyaris jatuh. Mujurlah saya masih mampu mengawal basikal tetapi di belakang saya, pelumba dari Rusia dan Perancis sudah pun tersungkur dalam kejadian itu.

"Malah, sebelumnya saya mengalami masalah kerosakan shoe plate basikal tetapi mujur saya kembali memusatkan perhatian dan menguatkan psikologi apabila berlumba dalam pusingan akhir," katanya yang mendapat 'hadiah awal' itu menjelang hari pernikahannya dengan gadis pilihan, Athiah Ilyana Abd. Samat di Ipoh, Sabtu ini.
Anak jati Dungun, Terengganu yang mewakili pasukan Bike Technologies Australia dalam siri Klasik Piala Dunia itu, turut memiliki jersi putih selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 22 mata apabila beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark dari 24 hingga 28 Mac ini.

"Bergelar juara dunia memang idaman semua atlet lagipun saya memang tidak suka kalah kerana dalam setiap perlumbaan, saya mahu pastikan saya mampu menjaga imej negara, memanfaatkan wang rakyat dan MSN (Majlis Sukan Negara) serta membalas sokongan penaja dengan aksi yang terbaik dan kejayaan.
"Namun, persaingan dalam Kejohanan Dunia pasti lebih getir apatah lagi dengan kehadiran juara Olimpik dari Britain, Chris Hoy," katanya yang turut memenangi siri Piala Dunia Klasik sebelum ini di Melbourne, tahun lalu.
Sementara itu, Naim menambah, PKBM akan cuba mengatur strategi penyertaan pertandingan antarabangsa yang konsisten buat pelumba Malaysia dalam acara keirin dan pecut mulai April ini bagi memburu mata dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London.

"Saya melihat kita mempunyai kemampuan untuk memasukkan barisan pelumba pecut kita ke Olimpik walaupun ketika ini mereka berkedudukan ke-14 dunia kerana jika sempat menyertai 10 teratas, mereka sudah dianggap layak dan selain Azizul, kita ada Josiah Ng, Rizal Tisin dan Hafiz Suffian untuk dipertaruhkan.
Namun, beliau menyedari jalan dan buruan Malaysia ke temasya itu pasti semakin sukar dan lebih berliku selepas ini memandangkan Piala Dunia di Beijing menampilkan ramai pelumba berbakat besar dari China dan Perancis yang mampu menjadi batu penghalang kepada pelumba negara.

"Mereka menurunkan lebih daripada sebuah pasukan sedangkan kita cuma satu.
"Fatehah Mustapa cuma kalah dari segi teknikal, malah dia telah diperangkap tiga pelumba yang melakukan pemotongan sehingga tidak dapat keluar melepaskan diri.

''Dia cuba bangkit mengejar dan memintas pada 120 meter terakhir malangnya sudah pun dibatalkan kerana melanggar garisan biru," ujarnya yang turut terkilan dengan pembatalan Fatehah biarpun mulanya menamatkan perlumbaan keirin wanita di tempat ketiga sekali gus terlepas tiket ke Copenhagen.

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...