Skip to main content

Peruntukan berkurangan tidak jejas tumpuan MSN

KUALA LUMPUR - Meskipun peruntukan yang diperoleh Majlis Sukan Negara (MSN) tahun ini kurang 15 peratus berbanding 2009, namun ia sama sekali tidak akan menjejaskan tumpuan badan sukan itu untuk menghadapi dua temasya besar tahun ini.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, pengurangan bajet tersebut, tidak akan menghalang badan sukan itu memberi tumpuan penuh menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2010.
Katanya, peruntukan yang diberikan kepada MSN itu masih jauh lebih baik berbanding agensi kerajaan lain.
"Saya tidak merasakan pengurangan peruntukkan tersebut akan menghalang sukan negara kita daripada terus mencipta kecemerlangan.

"Ia tidak begitu menjejaskan tumpuan MSN untuk menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2010
"Sehubungan itu, saya berharap agar semua persatuan sukan di negara ini akan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat," katanya yang ditemui di majlis kesyukuran kejayaan kontinjen negara di Sukan SEA Laos, di sini, semalam.
Pada majlis tersebut, MSN turut menyampaikan sumbangan kepada 20 anak yatim daripada Darul Taqwa, Sungai Besi, dekat sini.


Mengulas lanjut, Zolkples berkata, dia sangat berharap persatuan sukan dapat membelanjakan dana yang diterima dengan baik dan memilih pertandingan yang benar-benar berkualiti
Katanya, setiap persatuan perlu membuat perancangan secara teliti terhadap program yang ingin dikendalikan dan memilih kejohanan tertentu di peringkat antarabangsa.
Jelasnya, keutamaan harus diberi kepada program yang lebih penting dan dia yakin kepada kualiti sesuatu kejohanan, berbanding kuantiti kejohanan yang disertai.
Menurutnya, mungkin setiap persatuan perlu melakukan pengubahsuaian dalam program tahunan mereka.
"Sebagai contoh, saya sudah berbincang dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan menyarankan agar persatuan itu memberi keutamaan kepada empat kejohanan antarabangsa iaitu Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Thomas dan Kejohanan Dunia.
"Selain dapat mengurangkan perbelanjaan, ia juga dapat mengelakkan atlet daripada mudah menerima kecederaan," katanya.

Dalam pada itu katanya, program penyediaan atlet akan terus dilaksanakan, biarpun peruntukkan 2010 dikurangkan dan MSN masih berdepan dengan masalah kewangan. UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...