Skip to main content

Sasaran kata: Harimau mangsa 'si bijak pandai'

BAM bakal berdepan tragedi 2000 angkara pegawai penting diri

ADA kata peribahasa yang tepat untuk menerangkan apa dilakukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap skuad Harimau Muda milik badan induk itu Berdentum guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Masakan tidak, ketika baru sahaja ditimbulkan cadangan menghantar skuad itu menyertai Liga Singapura, pegawai bijak pandai di FAM cepat-cepat memutuskan anak buah Azraai Khor Abdullah itu tidak dibenarkan bertanding dalam Liga Super.


Padahal, jika ikut peraturan pertandingan, Harimau Muda layak secara merit selepas muncul juara Liga Perdana musim lalu. Tempat mereka sebaliknya diguna buat menyelamatkan pasukan yang patut turun bahagian. Apa rasionalnya, hanya bijak pandai itu sahaja yang tahu.

Penulis mahu tuding jari kepada segelintir pegawai ini. Kerana tindakan terburu-buru mereka mungkin sebab mahu menggembirakan pemimpin berkuasa barisan pemain muda berpotensi yang akan jadi tunjang skuad negara suatu hari nanti, terpaksa mengemis mencari ruang untuk bermain.

Bukan salah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menolak permohonan, kerana ada pasukan lain bersaing untuk mendapat tempat sama. FAM langsung tidak boleh marah. Mereka yang perlu kena marah ialah pegawai yang meletakkan kepentingan Harimau Muda jauh terkebelakang. 

Tak lama selepas kejayaan skuad bawah 23 tahun yang beberapa tonggaknya daripada Harimau Muda memenangi pingat emas Sukan Sea XXV, FAM sudah mula kembali kepada perangai asal mereka.

Laungan bahawa kepentingan skuad negara jadi keutamaan seperti omong kosong angkara tindakan terhadap Harimau Muda itu. Kepentingan pasukan negeri kembali dijulang. Mungkin juga disebabkan tahun ini, pucuk pimpinan FAM perlukan undi negeri untuk kembali terpilih memegang jawatan.

Perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah mengembalikan Harimau Muda ke Liga Super. Pasukan mana yang sejak awal tidak berhak untuk beraksi dalam Liga Super berdasarkan garis panduan FAM sendiri elok sangatlah diturunkan. Jangan jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

l Rexy Mainaky, ketua jurulatih beregu negara, nampaknya sudah tidak tahan dengan kerenah pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila dia luahkan segala yang terbuku di hati selepas kemenangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada final Terbuka Malaysia, kelmarin.
Rexy mungkin tidak nyatakan dengan jelas, tetapi pegawai ini memang nampak mahu perkecilkan wibawanya apabila secara diam-diam membawa masuk jurulatih lain tanpa langsung berbincang dengannya.

Perancangan pegawai ini seterusnya ialah untuk mempengaruhi ahli-ahli jawatankuasa BAM supaya rombak struktur kejurulatihan padahal struktur sedia ada tidak sampai setahun digunakan.

Rexy tidak akan dipecat secara terus, kerana pegawai ini tahu Rexy popular di mata umum. Apa yang mahu dilakukan ialah membuatkan hidup Rexy susah, supaya akhirnya nanti, dia sendiri melangkah pergi.

Lebih aneh, pegawai sama yang berjanji akan menemui media untuk memberi penjelasan semalam, memilih cara aneh mempertahankan diri. Orang lain pula diminta memberi kenyataan atas apa yang dilakukannya.

Mungkin ramai yang lupa, tapi bagi penulis tragedi 2000 nampak semakin hampir berulang. Waktu itu angkara seorang pegawai, habis semua kepemimpinan BAM termasuk Presiden, Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dan Setiausaha, Datuk Al-Amin Majid disingkir daripada jawatan masing-masing, akibat kegagalan di Piala Thomas di Kuala Lumpur.

Tempoh 10 tahun nampaknya gagal menyedarkan BAM yang sekali lagi memilih unsur terhutang budi untuk membutakan mata mereka ketika Piala Thomas tinggal kira-kira empat bulan lagi.

Persoalannya, mahukah BAM ikut agenda pegawai ini. Siapa lebih penting, pegawai ini atau Rexy? Tepuk dada, tanyalah selera.

Oleh Norbakti Alias

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...