Skip to main content

Sime Darby taja basikal RM2 juta


BURUAN pingat emas Sukan Olimpik menerusi sukan berbasikal trek mendapat suntikan semangat apabila menerima tajaan RM2 juta daripada Yayasan Sime Darby (YSD).

Durian runtuh berkenaan tiba tepat pada masanya - ketika bajet dari kerajaan untuk acara sukan susut 10 peratus tahun ini - bagi menampung perbelanjaan skuad berbasikal trek negara.

“Kita bakal berdepan beberapa kejohanan besar pada 2010 dan 2011, termasuk Piala Dunia Klasik, Kejohanan Benua-Benua, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Kejohanan Dunia,” kata Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad.


“Untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 di London, kita perlu menyertai kejohanan ini. Dengan penyusutan bajet, agak sukar untuk menyertai semuanya dan peluang layak ke Olimpik juga menjadi tipis.”

Harapan meraih emas pertama negara di London semakin memuncak apabila Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi mencatat kejayaan sebagai jaguh keirin nombor satu dunia dalam siri Piala Dunia yang berakhir di Beijing, baru-baru ini.

Selain Azizul, lima lagi pelumba - Josiah Ng, Muhammad Edrus Md Yunos, Junaidi Nasir, Mohamad Hafiz Sufian dan Fatehah Mustapa turut tersenarai memikul cabaran negara layak ke Sukan Olimpik 2012. 

Sumbangan berkenaan diserahkan Pengerusi YSD, Tun Musa Hitam dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman antara organisasi itu dan MNCF di Wisma Sime Darby, Kuala Lumpur, semalam.

“Ini ibarat impian menjadi kenyataan. Selepas lebih setahun bertungkus lumus mencari penaja, akhirnya MNCF berjaya menambat hati Yayasan Sime Darby menerusi pencapaian cemerlang atlit-atlit kelas dunia berbasikal trek negara,” kata Naim.

“Bagi memastikan setiap sen dibelanjakan dengan sebaiknya dalam mencapai impian emas Olimpik 2012, satu akaun berasingan daripada MNCF akan dibuka dan ia akan dipantau akauntan khas yang akan melaporkan setiap perbelanjaan dari masa ke masa.”

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...