Skip to main content

Adiq tidak persia peluang raih pengalaman bersama Drapac Porsche

IPOH - Pelumba berbakat, Adiq Othman tidak mahu mempersia-siakan peluang menimba pengalaman bersama kelab antarabangsa, Drapac Porsche dari Australia pada kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010, yang bermula pada 1 Mac depan.

Adiq, 19, yang merupakan pelumba asing tunggal dalam kelab tersebut berharap dapat mempelajari taktik perlumbaan daripada para pelumba berpengalaman Australia.

''Saya berazam memberikan sumbangan yang bermakna kepada Drapac Porsche sekali gus mengharumkan nama Malaysia kelak," kata pelumba muda itu ketika ditemui di sini, hari ini.

Adiq dilamar oleh kelab berkenaan setelah mempamerkan persembahan menarik dalam beberapa kejohanan di Melbourne, tahun lalu.

Pada masa sama katanya, jurulatih kebangsaan, John Beasley turut memberi sokongan kepada Drapac Porsche untuk menggunakan khidmatnya.

Walaupun Adiq menyertai kelab dari Australia itu, dia masih menjalani latihan bersama pelumba kebangsaan sehingga 26 Februari ini.


Pelumba muda itu hanya akan menyertai pelumba Drapac Porsche yang lain, sehari sebelum perlumbaan sejauh 1,010 kilometer, bermula di Kota Bharu pada 1 Mac.

Selain Adiq, tiga pelumba kebangsaan lain, Anuar Manan, Loh Sea Keong dan Anuwar Ahmad, turut berlumba untuk kelab luar negara.

Anuar, yang menduduki tangga kedua dalam kategori pecut pada LTdL 2008, akan menyarung jersi Geumsan Ginseng Asia dari Korea, manakala dua lagi pelumba berpengalaman, Sea Keong dan Anuwar, beraksi dengan pasukan baru, Marco Polo Cycling Team dari China.

Sementara itu, skuad negara akan diketuai oleh pemenang pingat gangsa acara 160.3 kilometer lepas beramai-ramai Sukan Sea di Laos, Mohd. Zamri Mohd. Salleh.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...