Skip to main content

BAM sasar separuh akhir

KUALA LUMPUR - Sasaran separuh akhir diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bukan saja untuk skuad Piala Thomas, malah Piala Uber yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Mei ini.
Malah, tiga bekas jaguh kebangsaan, Wong Choong Hann serta pasangan Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah menerima nasib berbeza pada kejohanan 9-16 Mei itu.

Ketiadaan pemain perseorangan lelaki yang meyakinkan menyaksikan bekas kapten Malaysia, Choong Hann berada dalam senarai awal skuad Piala Thomas 2010.

Bagaimanapun, Tan Fook-Wan Wah tercicir daripada senarai beregu diketuai oleh Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Abdul Latif.


Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mengetuai senarai awal perseorangan lelaki bersama Muhammad Hafiz Hashim, Kuan Beng Hong, Tan Chun Seang, Chong Wei Feng dan Chan Kwong Beng.
Dalam beregu lelaki, selain Kien Keat-Boon Heong dan Fairuzizuan-Zakry, turut disenarai Hoon Thien How-Ong Soon Hock, Chan Peng Soon-Lim Khim Wah, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong dan Goh Wei Shem.

Hanya 10 pemain akan melengkapkan senarai akhir untuk diserah kepada badan badminton dunia, BWF sebelum kejohanan.

"Wong Choong Hann masih mempunyai kemampuan dan tahap fizikal yang baik untuk membawa cabaran tetapi ia bergantung kepada sejauh mana dia boleh menerima syarat yang ditetapkan, termasuk soal penajaan.
"Sebaik tersenarai, setiap pemain wajib menjalani latihan pusat bermula pada 21 April dan wajib menyertai kem bina semangat yang diadakan dari 23-27 April.

"Bagi Tan Fook-Wan Wah, kami tidak menutup peluang mereka biarpun tiada dalam senarai awal. Rexy (Mainaky, ketua jurulatih beregu) bersedia mempertimbangkan mereka jika menyerlah pada Seluruh England (bulan depan),'' kata Setiausaha Agung BAM, P. Ganga Rao selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM, semalam.

Sementara itu, Ganga bersetuju sasaran Malaysia pada Piala Thomas tidak sepatutnya kurang daripada separuh akhir, malah selaku juara Sukan SEA, skuad Piala Uber juga berpotensi ke separuh akhir, bergantung kepada undian.

Wong Mew Choo dan beregu Wong Pei Tty-Chin Eei Hui mengetuai cabaran Piala Uber. Turut disenarai, Lydia Cheah, Julia Wong, Tee Jing Yi, Sannatasah Saniru, Woon Khe Wei-Vivian Hoo, Ng Hui Lin-Goh Liu Ying, Lim Yin Loo-Ng Pau Ling, Yang Li Lian-Sonia Cheah.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...