Skip to main content

BAM sedia buat rombakan besar

PERUBAHAN besar barisan kejurulatihan skuad badminton negara mungkin akan dilakukan selepas kempen Piala Thomas, Mei depan.

Menurut Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Nadzmi Salleh, kontrak setiap jurulatih akan dikaji semula andai skuad negara gagal mencapai sasaran yang ditetapkan pada kejohanan berpasukan lelaki dunia itu pada 9 hingga 16 Mei.

Tambah Nadzmi, pihaknya memberi kebebasan kepada jurulatih untuk menjalankan program persediaan Piala Thomas kerana tidak ingin dipersalahkan jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Begitupun, andai masih gagal mencatat keputusan yang memuaskan, BAM akan bertindak dan tidak mustahil ada antara jurulatih yang akan dipecat.

"Disebabkan masa sudah suntuk, kami memutuskan untuk tidak akan melakukan sebarang perubahan dari segi kejurulatihan sehinggalah Piala Thomas, Mei depan," kata Nadzmi selepas mesyuarat Exco BAM di Shah Alam semalam.


"Kami memberi kebebasan kepada jurulatih untuk menjalankan program persediaan kerana kami tidak mahu dipersalahkan jika timbul masalah kerana membuat perubahan drastik ketika hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum Piala Thomas.

"Begitupun, jika tiada hasil yang memuaskan pada Piala Thomas, kami pasti akan menilai dan mengkaji semula kontrak jurulatih."

Sementara itu, Nadzmi menjelaskan, meskipun jurulatih baru, Tan Kim Her tidak terlibat dalam persiapan Piala Thomas negara, namun bekas pemain negara itu masih boleh menyumbang idea dan pendapat demi kebaikan pasukan.

Terdahulu, ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky meminta Kim Her untuk melatih tiga beregu yang berada pada ranking terendah, Goh Wei Shem-Teo Kok Siang, Vountus Indra Mawan-Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid dan Pang Zheng Lin-Chooi Kah Ming meskipun Kim Her mempunyai pengalaman luas melatih pemain di Korea Selatan dan England.

"Jurulatih kita harus bersikap profesional dan jika mereka bijak, mereka akan berbincang dan bertukar pandangan untuk kebaikan skuad negara," kata Nadzmi.

Oleh RADIAH SAORI
radiah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...