Skip to main content

Beng Hai, van Huizen panggil empat pemain baru

KUALA LUMPUR - Senarai penuh 25 pemain hoki yang dipanggil untuk menjalani latihan skuad kebangsaan bakal menampilkan empat muka baru, di samping mengekalkan sebahagian besar muka lama.
Empat pemain berkenaan ialah Muhammad Azammi Adabi dan Mohd Sybrie Shamsudin dari kelab hoki Maybank, Azreen Rizal Nasir dari Sapura serta Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin dari TNB.

Keempat-empat pemain berkenaan pernah mewakili negara pada kejohanan Piala Dunia Remaja tahun lalu, kecuali Azreen dan Sybrie yang terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan.
Seperti dijangka, jurulatih bersama skuad negara, Tai Beng Hai dan Stephen van Huizen tidak menyenaraikan pemain berpengalaman, Chua Boon Huat termasuk beberapa nama lain seperti S.Selvaraju, Mohd Sallehin Abd Ghani, Ismail Abu dan Baljit Singh Sarjab.

Namun, agak mengejutkan apabila nama Tajol Rosli Mohamad yang difahamkan terpilih kali ini, tiada dalam senarai di samping penyenaraian Jivan Mohan, walaupun diberitahu akan digugurkan.
Antara muka lama yang masih kekal ialah penjaga gol S. Kumar, Mohd. Madzli Ikmar Mohd. Nor, Kevinder Singh, Tengku Ahmad Tajudin A.Jalil. Muhamad Amin Rahim dan Azlan Misron.


Semua pemain akan mendaftar pada 21 Februari sebelum memulakan latihan pertama pada keesokan harinya pada 22 Februari.
Mereka akan membawa cabaran negara dalam kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Ipoh, yang akan berlangsung dari 13 hingga 18 Februari ini.

Selain Malaysia, negara lain yang akan bertanding dalam kejohanan empat penjuru itu ialah Pakistan, Korea Selatan dan China.
Pemain
Penjaga Gol: S. Kumar, Mohd. Fairus Md. Wanazir (TNB), Abdul Hakim Adnan (Maybank) , Kairulnizam Ibrahim (KLHC)

Pertahanan: Mohd. Madzli Ikmar Mohd. Nor, Baljit Singh Charun Singh, Muhamad Amin Rahim (TNB), Muhammad Razie Abd. Rahim, (KLHC), Ahmad Kazamirul Nasruddin (Sapura),Mohd Sybrie Shamsudin (Maybank)

Tengah: Mohd. Shahrun Nabil Abbdullah, Nabil Fiqri Mohd. Noor, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, Kevinder Singh, Harvinder Singh (KLHC), Muhammad Marhan Mohd. Jalil Azreen Rizal Nasir, Jivan Mohan (Sapura)

Penyerang: Tengku Ahmad Tajudin A. Jalil, Azlan Misron (KLHC), Hafifihafiz Hanafi, Muhammad Azammi Adabi, B. Namasivayam (Maybank) Faizal Saari, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (TNB)

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...