Skip to main content

Chong Wei idam 'final impian'


Lee Chong Wei bersalam dengan Rosmah Mansor pada majlis penyerahan cek oleh Iris Corporation kepada Yakeb di Putrajaya, semalam. - Utusan/Zaki Amiruddin


PUTRAJAYA - Datuk Lee Chong Wei mengakui berdepan undian sukar namun tetap berhajat untuk beraksi pada 'final impian' Kejohanan Badminton Seluruh England berdepan musuh ketat, jaguh China, Lin Dan.Impian itu didorong perasaan Chong Wei yang sudah terlalu lama menanti untuk bersemuka semula dengan Lin Dan.

Kali terakhir mereka bertarung, pada China Masters pada September lalu. Chong Wei kalah dalam separuh akhir.

Menurut Chong Wei, bukan misi membalas dendam yang diburunya jika mara ke final menentang Lin Dan, cuma dia mahu membuktikan siapa lebih handal.
''Saya memang tidak seharusnya terlalu terburu-buru dengan terus memikirkan mara ke perlawanan akhir.
''Ini kerana undian kali ini memang sukar.


''Cuma, di sudut hati saya memang saya mengimpikan untuk bertemu Lin Dan pada perlawanan akhir.
''Lagipun saya sudah lama tidak menentangnya. Saya rasa semua peminat memang menanti-nantikan pertembungan kami di Seluruh England nanti.
''Jadi, tunggu saya di final nanti,'' katanya.

Beliau menghadiri majlis meraikan penyumbang dan media yang memberi sokongan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) di sini, semalam.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Isteri Perdana Menteri, yang juga Penaung Yakeb, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tambah Chong Wei, jika final impian menentang Lin Dan menjadi kenyataan, dia akan menggunakan peluang itu sebaik mungkin bagi memperbaiki persepsi umum yang menganggap jaguh China itu lebih handal.
''Walaupun dia menduduki ranking No. 2 dunia, dan saya No. 1, mungkin ramai yang menganggap dia lebih bagus.'

''Saya rasa gelanggang kejohanan Seluruh England di Birmingham akan menjadi bukti siapa lebih handal,'' katanya.

Mengenai laluan ke 'final impian' kejohanan edisi ke-100 Seluruh England di Arena Tertutup Birmingham dari 9-14 Mac ini, Chong Wei berkata, dia tidak gentar berdepan mana-mana pemain termasuk lawan yang pernah mengalahkannya.

Chong Wei, yang mengidamkan kejuaraan Seluruh England pertama dalam kariernya dijangka berdepan pemain yang telah dua kali mengecewakannya pada Kejohanan Dunia, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia pada pusingan kedua.

''Memang Kuncoro pernah menghampakan saya pada kejohanan besar, tetapi saya sudah bersedia untuk menghadapinya kali ini.

''Begitu juga pemain-pemain handal yang lain, saya akan memberikan aksi yang terbaik di Birmingham nanti,'' katanya.

Jika layak ke suku akhir, menanti Chong Wei adalah jaguh muda Denmark, Jan O Jorgensen.

Menanti Chong Wei pada separuh akhir, sama ada Peter Hoeg Gade dari Denmark atau bekas juara Olimpik, Taufik Hidayat dari Indonesia. Chong Wei akan memulakan kempen dengan bertemu pemain India, Chetan Anand.

Mengiringi Chong Wei ke Birmingham adalah beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Muhammad Hafiz Hashim dan pemain wanita Wong Mew Choo.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...