Skip to main content

Corak latihan sudah ketinggalan


WALKER (kanan) berbincang dengan pelumba sebelum memulakan sesi latihan, Ahad lalu.


PENGARAH strategi perlumbaan, William Walker mengakui corak lati- han yang digunakan skuad elit lumba basikal negara sudah ketinggalan zaman, lapor NORZASRUDIN MOHAMED NOR.

Lantaran itu, adalah mustahil untuk mereka mencapai keputusan yang baik pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 pada 1 hingga 7 Mac depan.

Walker, 24, yang mula membimbing skuad negara sejak 10 Februari lalu berkata, beliau memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk menjadikan skuad negara lebih kompetitif.

Bagaimanapun, bekas juara dunia bawah 23 tahun itu tetap yakin dengan sasaran untuk menamatkan saingan di tempat ke-12 terbaik pada perlumbaan berstatus Hors yang memasuki edisi ke-15 ini.

"Pelumba negara ada potensi tetapi corak latihan yang digunakan sebelum ini sudah jauh ketinggalan.
"Bagi saya, tempoh satu hingga dua tahun diperlukan untuk membimbing skuad ini dan saya yakin mereka mampu menjadi sebuah pasukan yang hebat, setanding pelumba trek negara," kata Walker ke- pada pemberita di Ipoh, Ahad lalu.


Menurut pelumba kelahiran Australia ini, selain pengalaman dan ke- kuatan, strategi juga amat penting dalam sesuatu perlumbaan besar.

Oleh sebab itu, beliau akan menggunakan strategi yang sesuai untuk mencapai sasaran menduduki tempat ke-12 terbaik.

Katanya, sepanjang dua minggu membimbing skuad negara, beliau sudah mengenal pasti kemampuan pelumba yang dianggap berguna pada perlumbaan itu.

"Mengenal pasti kemampuan pelumba cukup penting kerana saya tidak mahu mereka memikul tugas yang tidak mampu dilakukan.
"Contohnya, Akmal Amrun mempunyai kekuatan untuk memecut di laluan landai manakala Suhardi Hassan akan mengetuai barisan pelumba di laluan mendaki," katanya.

Pada masa yang sama, Walker berkata, jika beliau terus membimbing skuad ini, mereka akan menjadi sebuah pasukan yang lebih kompeti- tif pada edisi tahun depan.

Sasaran untuk menduduki kelompok 10 terbaik pada LTdL 2011 bukan lagi mustahil sekiranya pelumba mengikuti program latihan yang dirancang ketua jurulatih, John Beasley.

Menurutnya, beliau akan memilih beberapa pelumba yang berpotensi untuk berlatih di Australia sebelum menyertai beberapa kejohanan besar di Eropah.

kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...