Skip to main content

Futra ketua pasukan baru negara

KUALA LUMPUR -- Ketua jurulatih baru, pengurusan baru, pemilihan pemain baru dan kali ini ketua pasukan baru pula dilantik dalam skuad sepak takraw elit negara yang tidak lain tidak bukan, Mohd. Futra Abd. Ghani.

Pelibas regu emas Sukan SEA 2005 itu menggalas tanggungjawab besar tersebut hasil keputusan sebulat suara yang dicapai dalam satu perjumpaan pasukan ketika mereka melapor diri di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil bagi sesi latihan pusat untuk Sukan Asia Guangzhou, kelmarin.

Ketua jurulatih, Iskandar Arshad yang mengumumkan keputusan itu ketika sesi latihan ringan semalam, berkata: "Selain pengalaman, dia menjadi pilihan kami atas beberapa kelebihan dan ciri-ciri tertentu untuk memimpin pasukan ini."


Pelantikan Futra agak mengejut memandangkan dia hanya dipanggil menerusi Kejohanan Piala Presiden PSM, awal bulan ini setelah menarik diri selepas Sukan Asia Doha 2006 biarpun berjasa bersama Normanizam Ahmad dan Zulkarnain Arif dalam mengakhiri kemarau emas 12 tahun negara.

Ketika Sukan SEA XXV di Laos, Disember lalu, pengumpan regu ketiga, Mohd. Hafizie Manap ditugaskan mengetuai skuad negara yang menyaksikan mereka hanya mampu meraih sebutir pingat perak berpasukan dan sebutir gangsa antara regu.

Iskandar yang mengambil alih jawatan daripada Haris Abdul Rahman yang tidak disambung khidmatnya sejak bulan lalu, memberitahu: "Azman Nasruddin (pelibas simpanan 2005 dan berpengalaman Sukan Asia 2002 dan 2006) pula dilantik sebagai penolong ketua pasukan negara."

Sementara itu, mengulas mengenai sesi latihan Sukan Asia, Iskandar berkata, hanya tiga pemain yang dikecualikan daripada sesi latihan iaitu Zulkarnain, Khairul Anuar Ibrahim dan Syafiq Ab. Rahman kerana mereka perlu membereskan urusan majikan dan hal peribadi.

"Bagi fasa latihan empat minggu pertama ini, kita banyak bertumpu kepada sesi kecergasan dan fizikal di Institut Sukan Negara (ISN).

"Pendedahan antarabangsa yang terdekat bagi mereka ialah Piala Datuk Bandar Hatyai di Thailand (dari 1 hingga 4 April). Kami akan menghantar dua regu walaupun masih terlalu awal untuk menilai dan memilih pemain atau gandingan mana di antara 24 pelatih sekarang," katanya.

Sementara itu Futra, seorang guru Pendidikan Jasmani ketika ditemui berkata: "Kepercayaan oleh jurulatih kepada saya ini turut memerlukan kerjasama rakan sepasukan demi membentuk sebuah pasukan yang kuat dan kembali digeruni lawan.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...