Skip to main content

Hasrat Malaysia tertangguh


SKUAD Malaysia (kiri) tewas kepada Indonesia pada pusingan separuh akhir semalam.


HASRAT Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Kejuaraan Futsal Asia 2010 lebih awal tertangguh setelah tewas 3-5 kepada Indonesia pada separuh akhir Pusingan Kelayakan ASEAN di Jakarta, Indonesia petang semalam.

Tempoh lima minit pada pertengahan separuh masa kedua menjadi detik pemusnah skuad negara apabila gawang mereka dibolosi sebanyak empat kali oleh pasukan tuan rumah.

Malaysia bagaimanapun berjaya mengejutkan Indonesia apabila mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Fadzil Ab. Karnim yang menyudahkan hantaran Fairuz Mohd. Noor pada minit ke-17.

Biarpun berjaya meneruskan rentak dan mempertahankan kekuatan mental sepanjang 11 minit babak kedua berlangsung, kemusnahan skuad negara akhirnya berlaku bermula minit ke-31.

Kelalaian pemain negara menghalang Jaelani Ladjanibi membolehkan pemain Indonesia itu melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan Firdaus Razali untuk gol penyamaan.


Seminit kemudian, Indonesia mendahului 2-1 setelah sepakan penjuru Jaelani ditolak masuk dengan pantas oleh Angga Surya Saputra.

Jaelani mengukuhkan kedudukan dengan gol ketiga hasil sepakan penalti pada minit ke-34 dan gol keempat Indonesia menyusul seminit kemudian hasil jaringan Jefri Purba melalui serangan balas.

Ketinggalan 1-4, Malaysia masih mempamerkan semangat dan berjaya memperolehi gol kedua menerusi rembatan kencang Khairul Rizuan Harif Pagilah pada minit ke-36.

Namun keghairahan Malaysia untuk menambah jaringan dihukum dengan gol kelima Indonesia menerusi serangan balas disudahkan Sayan Karmadi pada minit ke-38.

Malaysia berjaya memperoleh gol ketiga menerusi rembatan Muizzudin Haris tetapi ia sudah terlambat untuk menyekat kemaraan Indonesia melangkah ke perlawanan akhir hari ini.

"Perlawanan cukup sengit dengan pemain kita menghadapi keadaan genting dari segi mental. Tapi mereka berjaya harunginya dengan baik.

"Cuma kita melakukan beberapa kesilapan mudah yang membenarkan Indonesia memperoleh gol. Kelalaian pemain telah membawa padah.

"Saya berharap pemain lupakan kekalahan ini dan beraksi bermati-matian pada perlawanan tempat ketiga," kata jurulatih negara, Maizal Hairi Marzuki pada sidang media selepas perlawanan tersebut.

Daripada tujuh pasukan yang bertanding pada Pusingan Kelayakan ASEAN bermula Sabtu lalu, hanya tiga pasukan terbaik akan layak ke pusingan akhir di Uzbekistan Mei depan.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir semalam, Australia menepati ramalan apabila menewaksan Vietnam 4-1.

Kemenangan itu membolehkan Austrlaia untuk membuat perhitungan dengan Indonesia pada aksi final hari ini sementara Vietnam akan menentang Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...