Skip to main content

KBS selamatkan maruah PKBM


Abu Samah


PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) terhutang budi dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Apa tidaknya, tanpa bantuan KBS, pelumba basikal negara mungkin tidak dapat beraksi pada Sukan Olimpik 2010 di London.

Semuanya gara-gara hutang berjumlah RM4.5 juta yang ditanggung PKBM selepas menganjurkan Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009.

Presiden PKBM, Abu Samah Wahab berkata, PKBM terpaksa menanggung hutang yang besar selepas pihaknya gagal mendapatkan bantuan menerusi penajaan.

"Selepas LTdL 2009 tamat, kami menanggung hutang yang besar selepas gagal melunaskan bayaran kepada kira-kira 40 kontraktor yang dianggarkan berjumlah RM4.5 juta.

"Jika hutang ini tidak dapat dijelaskan, kontraktor-kontraktor ini mungkin akan mengambil tindakan undang-undang dan mengheret PKBM ke mahkamah," katanya kepada pemberita di Hotel Nikko, Kuala Lumpur semalam.

Menurut Abu Samah, di bawah peraturan yang ditetapkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), pelumba negara tidak boleh menyertai Sukan Olimpik sekiranya PKBM diisytihar muflis.


Bagi mengelakkan perkara tersebut, PKBM telah meminta pertolongan KBS untuk membantu mereka melunaskan hutang yang tertunggak itu.

"Masalah hutang itu hampir selesai dan setakat ini 95 peratus daripada hutang itu telah dijelaskan," katanya.
Atas sebab itu juga, PKBM memberi kebenaran kepada KBS untuk mengambil alih penganjuran LTdL 2010 dengan bajet berjumlah RM7.5 juta.

Sebelum ini, perlumbaan berstatus Hors ini dianjurkan sendiri oleh PKBM selama tiga tahun berturut-turut sejak 2007 dengan kos RM23 juta (2007), RM19 juta (2008) dan RM12 juta (2008).

Pada masa sama, PKBM juga berterima kasih kepada KBS yang meluluskan bajet berjumlah RM500,000 untuk menampung perbelanjaan latihan skuad lebuh raya negara.

Ketika ini, skuad negara berlatih di Ipoh di bawah kendalian pengarah strategi perlumbaan, William Walker yang baru tiba dari Australia minggu lalu.

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...