Skip to main content

Kerjasama pengetua penting - MSN

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) mengalu-alukan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu kegemilangan sukan di sekolah dikembalikan.
Langkah yang bakal diambil itu, menurut MSN, mampu menyokong usaha badan tersebut untuk membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong (gambar) berkata, untuk melahirkan lebih ramai atlet pelapis, ia perlu bermula dengan program sukan di sekolah.

''Kita mengalu-alukan langkah ini kerana kita tidak boleh lari daripada program di sekolah dan sukan sememangnya patut bermula dari sekolah untuk kita melahirkan lebih ramai atlet pada masa depan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin, kelmarin yang mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi.
Zolkples berharap usaha tersebut akan dapat dijayakan memandangkan Muhyiddin juga adalah Menteri Pelajaran dan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan.


Jelasnya lagi, dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu, ia diharap akan disusuli dengan satu tindakan yang sewajarnya bagi melahirkan lebih ramai atlet yang berpotensi terutamanya untuk membentuk atlet elit.
''Saya berharap sangat hasrat TPM itu dapat mengerakkan langkah yang lebih positif bagi menyokong usaha MSN untuk membangunkan sukan di peringkat akar umbi,'' ujarnya.

Beliau turut menyeru kepada pengetua-pengetua sekolah agar dapat memberikan kerjasama kepada MSN untuk membantu membangunkan sukan di negara ini.

''Pada peringkat ini, kerjasama pihak sekolah amat penting. Jika mereka tidak menunjukkan minat kepada bidang sukan, maka, sukar untuk MSN membentuk satu struktur pembangunan sukan negara yang mantap,'' tegasnya.

Malah, beliau memberitahu, usaha tersebut juga perlu dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat bagi memastikan perancangan yang disusun dapat berjalan dengan baik.

Tambah beliau, selama ini, Kementerian Belia dan Sukan sememangnya ada menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama yang turut melibatkan Kementerian Pelajaran.

Justeru beliau berharap, saranan yang dikemukakan TPM itu dapat membuka satu lembaran baru kepada industri sukan negara bagi menggilap lebih ramai atlet berbakat besar.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...