KEGAGALAN Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Persidangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) 2013, perlu segera dialihkan kepada tumpuan mengukuhkan reputasi negara menerusi kecemerlangan di Sukan Komanwel New Delhi dan Sukan Asia Guangzhou penghujung tahun ini.
Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata meskipun Kuala Lumpur gagal dalam bidaan berkenaan, ia tidak bermakna semuanya sudah berakhir. “Inilah masanya untuk atlit negara mempamerkan penguasaan di Sukan Komanwel dan Sukan Asia,” katanya yang berharap semua atlit yang menyertai kedua-dua temasya sukan itu memberi sepenuh tumpuan mengharumkan nama negara.
Jelasnya, bukan prestasi atlit menjadi ukuran dalam pemilihan terbabit tapi selepas Nanjing, China dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Remaja 2014, sudah tentu mereka mahukan negara dari rantau lain menjadi tuan rumah kongres berkenaan.
Kuala Lumpur tewas kepada Buenos Aires, Argentina dengan 31 undi berbanding 58 dalam persidangan IOC di Vancouver, Kanada minggu lalu, malah Malaysia menganggap ia cukup penting bagi mencerahkan peluang negara ini bergelar tuan rumah Sukan Asia 2019. Malah kongres itu menjadi penentu negara mana yang akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020 dan melantik presiden baru IOC bagi menggantikan Jacques Rogge yang menamatkan tugas pada 2013.
Begitupun mengenai impian negara dalam penganjuran Sukan Asia 2019, Kok Chi berkata kenyataan berkenaan perkara itu akan diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak lama lagi.

Comments
Post a Comment