Skip to main content

LTdL: Suhardi digugurkan


ABU SAMAH (tengah) bergambar bersama pelumba-pelumba pasukan kebangsaan pada sidang media
di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

PELUMBA berpengalaman, Suhardi Hassan digugurkan daripada skuad elit lebuh raya untuk Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) yang akan berlangsung pada 1 hingga 7 Mac ini. Keputusan tersebut diumumkan sendiri oleh Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab pada sidang media mengumumkan senarai pelumba yang akan menggalas cabaran negara pada kejohanan berstatus Hors itu.
Turut digugurkan ialah tiga orang lagi pelumba iaitu Wan Mohd. Najmee Wan Mohd., Muaz Abdul Rahim dan Yusrizal Usoff.

Menurut Pengarah Strategi Perlumbaan, William Walker keputusan mengenai pengguguran Suhardi dibuat berdasarkan prestasi semasa pelumba tersebut.


"Prestasi Suhardi tidak berada dalam keadaan terbaik buat masa sekarang ini dan dia digugurkan.
"Jadi saya mengambil langkah drastik untuk menyenaraikan pelumba-pelumba muda pada edisi kali ini dimana saya lihat mereka semua mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya di pentas antarabangsa.

"Bagi saya tempoh satu atau dua tahun untuk membimbing skuad muda ini dan saya yakin dengan corak latihan yang betul mereka mampu menjadi sebuah pasukan yang hebat," jelas Walker.

Kali ini, skuad negara akan dibarisi pelumba muda yang akan diketuai oleh Amir Mustafa Rusli.
Turut tersenarai dalam skuad lebuh raya tahun ini ialah Ahmad Fellanie Ali, Mohd Zambri Salleh, Mohd. Nur Ridzuan Zainal, Mohammad Akmal Amrun dan Shahrul Mohd. Amin.

Tambah Walker, lima daripada enam pelumba tersebut mempunyai potensi untuk melakukan kejutan pada laluan mendaki kecuali Akmal akan lebih diberi tumpuan pada acara pecut.

"Mereka semua mempunyai kelebihan masing-masing dan saya yakin mereka bakal mencipta kejutan," katanya.

Sementara itu, Amrun Misnon pula diumumkan sebagai pengurus skuad negara sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Ketika ditanya mengenai sasaran yang diletakkan PKBM untuk menjadi 12 pasukan terbaik keseluruhan, Walker berkata: "Ia agak mustahil untuk dicapai pada edisi kali ini".
"Namun, saya lebih gemar meletakkan sasaran bagi peringkat demi peringkat. Ia lebih realistik untuk dicapai," katanya lagi.

Oleh HELMI TALKAH
sukan@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...