Skip to main content

Menjadi juara matlamat sebenar kami - Rashid

KUALA LUMPUR - Bukan mustahil dan ia adalah matlamat utama skuad badminton negara.
Itulah yang ditegaskan oleh ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek bagi menjawab cabaran Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mahukan Piala Thomas kembali ke tanah air.

Kata Rashid, walaupun atas kertas Malaysia dilihat sukar untuk memenanginya tetapi ia bukan mustahil untuk muncul juara, tambahan lagi beraksi di gelanggang sendiri.

Kali terakhir Malaysia menjuarai Piala Thomas ialah pada tahun 1992 ketika menjadi tuan rumah.
"Sekarang ini apa yang perlu kita lakukan ialah berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan pasukan yang mantap," katanya di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.


Jelasnya, bagi merealisasikan impian yang sudah terpendam lama buat rakyat Malaysia pemain seharusnya menutup segala kelemahan sebaik mungkin dan sentiasa bersikap positif.

"Bagaimanapun sasaran terdekat ialah melihat pemain beraksi cemerlang di kejohanan Seluruh England, Mac ini dan saya lihat mereka sudah bersedia untuk mengharungi kejohanan kali ke-100 ini.

"Sudah tentu saya mahu melihat Chong Wei muncul juara di Seluruh England dan sekurang-kurangnya mensasarkan pemain muda, Chong Wei Feng mempamerkan kehebatan di pusingan kelayakan," katanya.
Bagi pemain perseorangan wanita pula, Rashid meletakkan sasaran agar Wong Mew Choo berjaya mara sehingga ke pusingan suku akhir.

"Dia (Mew Choo) merupakan seorang pemain yang berpengalaman dengan memenangi beberapa kejohanan Siri Super sebelum ini, saya rasa tidak ada masalah buatnya untuk mara sehingga ke pusingan suku akhir," katanya.

Ditanya mengenai masalah hutang Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi kesan kepada pemainnya, Rashid tidak menolok kemungkinan ia sedikit menjejaskan pemainnya tetapi ia terpulang kepada pemain tersebut untuk menghadapinya dengan bijak.

"Jika beraksi dalam kejohanan besar, pemain perlu menghadapi masalah tersebut sebaik mungkin tanpa menjejaskan prestasi mereka," katanya.

Masalah tersebut turut menarik minat Ahmad Shabery yang berpendirian untuk mendengar dahulu pandangan dan penjelasan dari BAM mengenai masalah itu.

UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...